Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

5 Sebab Kenapa Saya Memilih Pakaian Dari Jenama Moto Guzzi

$
0
0
Antara jenma pakaian yang sentiasa menjadi pilihan saya sekeluarga adalah Moto Guzzi. Rekaan t-shirt Moto Guzzi mempunya tarikannya tersendiri, esklusif dan mampu menampilkan personaliti diri. Bagi saya sendiri peminat dunia pemotoran dan dunia sukan lasak, Moto Guzzi memang begitu dekat di hati. Jenama mewah dari Itali ini koleksinya patut dimiliki kerana harganya memang berpatutan dan mampu milik.

5 Sebab Kenapa Saya Memilih Pakaian Dari Jenama Moto Guzzi

1. Menawarkan koleksi pakaian dari kanak-kanak sehingga dewasa


Ditawarkan dari saiz kanak-kanak sehingga dewasa. Koleksi untuk kanak-kanak cantik-cantik juga rekaannya. Minimalis dan 'smart'. Boleh juga pilih rekaan yang sama untuk sedondon seisi keluarga.


Ameer dan Yara bersama t-shirt Moto Guzzi kegemaran mereka. Terutama kalau keluar berjalan santai-santai bersama keluarga memang saya memilih pakaian jenama ini untuk Ameer dan Yara.


2. Jenama Esklusif Dunia Pemotoran


Rasanya ramai yang cakna tentang jenama Moto Guzzi yang berasal dari Itali ini. Ianya adalah lahir dari inspirasi dunia pemotoran yang hebat di Itali. Sukan pemotoran biasanya kita akan kaitkan dengan lasak, ranggi dan berani.


Bahagian belakang t-shirt Akid. Cantek!


3. Fabrik Selesa, Sesuai Untuk Cuaca di Malaysia


Selain daripada rekaan yang menarik. fabrik yang selesa juga menjadi keutamaan. Apatah lagi dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.


Fabriknya tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Potongan ukuran pakaian juga mengikut saiz orang Asia. Memang terletak di badan.


4. Mempunyai Koleksi Pakaian Berlengan Panjang


Sebagai wanita berhijab, memang saya suka mencari t-shirt yang berlengan panjang. Mudah dan ringkas dalam berpakaian. 


Pilihan corak t-shirt berlengan panjang juga banyak juga pilihan. Sesuai untuk mereka yang gemar berpakaian ringkas, santai dan rugged.



5. Rekaan Stylo Sesuai Digayakan Tidak Kira Usia


Bagi saya secara peribadi, Moto Guzzi sangat menitik beratkan esklusif jenama itu sendiri dalam setiap rekaan corak di t-shirt dibawah jenamanya. Dengan hanya meletakkan nama jenama itu sendiri sudah menjadikan t-shirt yang digayakan punyai persona tersendiri.


Rekaan tidak sarat, 'simple' dan tetap nampak menarik. Membawa jenama nama besar seperti Moto Guzzi sudah menunjukkan pemakainya mempunyai citarasa dalam memilih pakaian. Paling tidakpun pasti ada yang menjangkakan pemilik t-shirt mempunyai minat yang besar terhadap sukan pemotoran yang cukup berprestij


T-shirt yang sesuai untuk digayakan ketika bersantai ini ternyata punyai kelasnya yang tersendiri.



Moto Guzzi sentiasa menjadi pilihan tidak kira peringkat usia. Sesuai digayakan oleh semua baik lelaki mahupun perempuan.


Boleh dapatkan koleksi pakaian Moto Guzzi dai Shopee (sekarang ada jualan murah tau!) ataupun boleh kunjungi di outlet-outlet mereka yang berdekatan dengan tempat korang :-)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935