Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 Wany Hasrita x Bidadari House | Rekaan Esklusif, Cantik Digaya, Senang Dibentuk dan Selesa- Nama penyanyi muda Wany Hasrita bukanlah asing dikalangan masyarakat Malaysia. Figura yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini, kini mengorak satu langkah lagi dengan berkolaborasi bersama dengan jenama Bidadari House dengan memperkenalkan koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.
Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 telah dilancarkan pada hari ini 7 April 2022 dan kita boleh mendapatkannya samada membeli di butik ataupun menerusi pembelian di atas talian.
Keistimewaan Tudung Turki Cotton Raya 2022
Untuk koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 ditawarkan 30 jenis rekaan plain (kosong) dan 5 jenis bercorak (terdapat 6 warna untuk setiap rekaan tudung bercorak). Tudung yang sememangnya sangat berkualiti, cantik terletak jika dipakai. Rentetan daripada koleksi tudung ini menggunakan fabrik cotton istimewa Turki yang dibawa khas daripada negara Turki itu sendiri.
Terdapat bidang 50' dan 55' sekaligus memberi lebih kelebihan kepada hijabi untuk memilih saiz yang mana mereka lebih gemari, Ini terutama bagi mereka yang ingin memakai tudung yang lebih labuh ataupun memilih mengikut keselesaan serta kesesuaian mengikut saiz badan. Dan Tudung Turki Cotton Raya 2022 ini ditawarkan pada harga cukup berpatutan iaitu RM89 sahaja untuk setiap satu.
Koleksi Tudung Cantik dan Esklusif
Melihat kepada koleksi rekaan bercorak Tudung Turki Cotton Raya 2022 memang kita boleh jadi rambang mata. Sangat cantik dan coraknya memang unik tampil begitu esklusif. Ke semua rekaan Tudung Turki Cotton Raya 2022 adalah inspirasi daripada keunggulan kerajaan Uthmaniyyah. Terdapat 5 jenis tudung bercorak dari koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, iaitu:-
- Bursa Blossom
- Marmaris Bold
- Enes Luxs
- Istanbul Spring
- Izmir Vintage
Setiap satu rekaan adalah unik dan punyai konsepnya yang tersendiri. Warnanya juga didatangkan secara esklusif untuk setiap rekaan. Sesuai dengan warna yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia
Bursa Blossom
Rekaan tudung adalah inspirasi bunga-bungaan semasa musim bunga di Istanbul. Simbolik di sebalik rekaan, adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa menghargai apa yang kita miliki sebelum ia hilang. Selain itu rekaan ini juga melambangkan keamanan dan ketenangan yang diberikan oleh alam semula jadi kepada kita.
Marmaris Bold
Marmaris adalah tempat peranginan yang indah di pantai Aegean di Turki, Tempat pelancongan di Turki yang sentiasa mencuri perhatian pelancong. Ini kerana di sini terdapatnya taman yang indah dengan bunga dan burung merak yang cantik, sebuah muzium kecil dengan barang antik. Peminat seni antik pasti suka akan koleksi rekaan Marmaris Bold :-)
Enex Luxs
Jika kita melihat nama Enes mengingatkan kita kepada pemain bola sepak dan juga pemain bola keranjang yang popular dan keduanya dari Turki. Rekaan koleksi ini mengambil inpirasi kejayaan dan pencapaian 2 bintang sukan di Turki.
Koleksi adalah inpirasi bandar İzmir juga dikenali sebagai Smyrna merupakan bandar ketiga paling ramai penduduk di Turki dan mempunyai pelabuhan kedua terbesar selepas Istanbul. Bandar ini terletak di Teluk İzmir, berhampiran Laut Aegean.
30 jenis rekaan plain (kosong)
Terdapat juga tudung plain yang tidak bercorak dengan 30 warna menarik dibawah koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022. Dan untuk sehelai tudung plain (BCT), harga ditawarkan adalah RM49 sahaja.
Pembelian Kombo Lebih Berbaloi
Dengan setiap pembelian sehelai tudng dari koleksi Enes Luxs, Istanbul Spring dan Izmir Vintage anda diberikan hadiah istitimewa iaitu Ziplock bag dan juga 5 keping sampul raya esklusif Bidadari House. Lebih berbaloi lagi jika anda membeli 3 tudung dengan hanya RM229, anda akan menadapat 1 lagi tudung PERCUMA serta kotak raya esklusif Wany Hasrita, 3 sampul duit raya esklusif, 5 sampul duit raya Bidadari House dan penghantaran PERCUMA.
Jom Dapatkan RM10 Diskaun
Istimewa untuk Tudung Turki Cotton Raya 2022 anda boleh dapatkan diskaun RM10 untuk setiap pembelian dengan mengisi maklumat di talian ini : https://www.bdr.house/BHRM10Raya
Bagi yang ingin mendapatkan koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, boleh layari :-
👉https://www.bidadarihouse.com
Bidadarihouse (walk-in)
58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor,
Keterangan lanjut boleh layari : https://www.bidadarihouse.com
Koleksi Wany Hasrita x Bidadari House begitu istimewa,
Tudung turki esklusif dibawa ke Malaysia,
Rekaan esklusif, senang dibentuk, cantik digaya,
Tampil pesona aura menyerlah di pagi raya :-)
#TudungCottonTurkibyWanyHasrita #TudungCottonTurki #WanyHasrita #Raya2022
