StarVendors Mega Raya Fest, Acara Berlangsung Selama 75 Jam Tanpa Henti- StarVendors jenama beli belah yang terbesar di tanah air kini kembali lagi bagi memeriahkan kedatangan syawal tidak lama lagi. Untuk tahun ini StarVendors Mega Raya Fest akan berlangsung selama 75 jam tanpa henti yang mana akan berakhir tepat jam 12 tengahari pada 25 April 2022.
Dan majlis perasmian acara festival ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh bin Haji Omar di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn. Bhd., Puan Ifa Raziah yang cukup dedikasi dalam memastikan penganjuran festival ini benar-benar mencapai matlamat iaitu festival yang dapat dijadikan satu platform kepada usahawan tempatan khasnya untuk berniaga serta memasarkan produk mereka.
Menurut Puan Ifa Raziah lagi, StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi didalam negara antaranya seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ini membolehkan usahawan yang bersama StarVendors dapat berniaga bukan sahaja tertumpu pada di ibukota bahkan ke seluruh negara.
Acara cabutan untuk Peraduan Shop & Win Havoc akan berlangsung pada malam 24 April 2022. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Seramai 55 artis terbabit didalam StarVendors Mega Raya Fest 2022 yang turut sama membuka booth produk mereka di sini. Antaranya seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Dato' AC Mizal, Dato' Sri Vida, Dato' Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Dato' Fizz Fairuz, Dato' Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey. Ke semua artis ini akan turut sama turun padang bukan sahaja datang untuk mempromosikan produk mereka bahkan untuk bertemu sendiri dengan pengunjung yang hadir menyokong perniagaan yang dijalankan.
Macam-macam produk ada antaranya seperti baju raya, kuih-muih raya, minuman, makanan, kerepek dan pelbagai lagi.