Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Kerepek Ngaku Yang Marbeles!!!!!

$
0
0
Saja nak up entri ni. Sebab nak habaq, buah ngaku atau arrow head sekarang ni dah menjunam turun harganya....Dalam RM1.80 pun boleh dapat sekilo (rasanya kat Econsave saya nampak promosi harga serengget lebih). Tapi sebelum CNY, saya beli dekat Tesco harga dalam RM2.80 sekilo. Boleh dapat seplastik besar dalam RM1.80 sahaja.

Nak buat pun sikit punya senang....Dengan kulit luar yang mudah nak dibuang kulitnya (tak macam kentang). Lepas tu sagat jer macam biasa. Tapi sebab sagat saya tak berapa cantek die punya pisau...So, saya potong ngan pisau halus dengan pisau biasa....

Tapi kehalusan tu tak ikut piawaian SIRIM la..Kejap kecik , kejap besar!

Goreng dalam minyak yang betul2 panas. Dan pastikan minyak tu banyak (macam goreng keropk biasa tu).

Tadaaaaaaaaaaaaa...siap...
Tak payah tabur garam atau sebarang perisa lain...
Makan cenggini pun dah sedap...
So, kalau nak tahan lama simpanlah dalam bekas yang kedap udara..
Tapi macam saya, abis jer goreng terus masuk dalam perut isi rumah belaka...


Buah ni agak rare, time CNY baru nampak kemunculannya merata-rata...
Dan nak buat kerepek sangatlah mudah berbanding beli dah siap agak mahal juga :p

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935