Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Dekori Dessert Cafe Menawarkan Hidangan Pemanis Mulut Yang Cukup Menarik

$
0
0
Dekori Dessert Cafe Menawarkan Hidangan Pemanis Mulut Yang Cukup Menarik- Saya memang sukakan pemanis mulut. Ini terutama hidangan yang kita boleh nikmati secara santai-santai yang dapat menyejukkan tekak. Dan untuk pemanis mulut yang sedap dan istimewa memang saya rekomen untuk korang mencubanya di Dekori Dessert Cafe.

Selain daripada banyak pilihan menu yang mengiurkan, harganya yang ditawarkan sangat berpatutan.


Baru-baru ini saya dan Amani berkesempatan berkunjung ke Dekori Dessert Cafe yang terletak di Plaza Arkadia Kepong. Kami telah mencuba 3 menu istimewa daripada Dekori Dessert Cafe. Ikutkan hati nak cuba macam-macam tapi saiz perut ini kecil, jadinya kena repeat balik datang ke sini lagi untuk mencuba menu yang lain pula.

Tiga menu yang kami dah cuba dan rekomen pad akorang untuk mencuba juga, adalah:-
🍉 Watermelon Kakigori
🍫 Mix Chocolate Waffle
🐻 Taro Milk Balls

Watermelon Kakigori

Bebola tembikai yang disejukkan bersama ais kepal dan asi krim ditaburkan bersama hirisan kacang badam yang ranggup. Untuk lebih enak boleh tambahkan susu krimer pekat manis. Terpulang pelanggan citarasa yang mana paling suka.

Setiap suapan memang memberi kepuasan. Gabungan yang cukup sempurna, paling enak dinikmati ketika musim panas.

Mix Chocolate Waffle

Peminat coklat pastikan sukakan hidangan ini. Dengan keranggupan waffle ditaburkan dengan serbuk oreo bersama ais krim vanilla ditambah pula limpahan coklat yang cukup menggiurkan. Serius! Sedap. Bukan intu sahaja hidangan ini memang mengenyangkan tau :-)

Taro Milk Balls


Alololo comel sangat bentuk beruang didalam tab mandi bersama bebola dari keladi yang berwarna-warni. Diletakkan susu penuh krim yang menjadikan ianya pemanis mulut bukan sahaja unik tetapi memiki rasa yang cukup menambat hati. Sekali cuba pasti nak lagi.


Puas hati?  Of course!! Ke semua hidangan yang telah dicuba memang istimewa. Lain dari lain, paling penting kesedapannya memang  luar biasa. Harga yang ditawrakan cukup berpatutan jika dilihat pada persembahan hidangan esklusif begitu mengujakan.

Dekorasi didalam cafe memang cantik dan selesa. Sesuai untuk me time atau hadir bersama rakan dan keluarga :-)

Untuk promosi dan keterangan lanjut mengenai outlet yang boleh diterjah, boleh layari:-


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932