The Doll 3 mengisahkan Tara yang telah kehilangan adiknya Gian kerana membunuh diri. Gian adalah salah satu ahli keluarganya yang tinggal selepas ibubapanya maut dalam kemalangan di jalan raya.
Aryan teman lelaki Tara telah menghadiahkan sebuah patung AI bernama Bobby. Dan patung ini telah menjadi barangan kesayangan Gian sehingga akhir hayatnya.
Kerana terlalu rindukan Gian, Tara telah melakukan sesuatu yang menyebabkan patung Bobby itu dimasuki roh Gian.
Banyak perkara yang berlaku menyebabkan Tara merasa menyesal atas perbuatannya. Bagaimanakah kesudahan roh Gian dudalam patung Bobby.?
Di pengakhiran cerita membongkar segala rahsia tentang kematian ibubapa Gian dan Tara.
Review Saya:
Filem seram Indonesia ini bagi saya mengambil inspirasi dari 2 filem hantu yang cukup popular iaitu Chucky dan The Annabelle. Kisah patung yang dimasuki roh jahat.
Walaupun begitu plot jalan cerita adalah berbeza. Dan tidak dinafikan sepanjang menonton memang ada banyak part terkejut-kejut memandangkan Bobby a.k.a Gian suka membunuh.
Keadaan fizikal dan rupa patung itu memang sudah menggerikan. Ini terutama ketika beliau hendak membunuh. Kekadang saya merasakan Bobby a.k.a Gian memang psiko.