Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2976

Sandbox Menyediakan Ruang Bekerja Selesa di PJ @ Bandar Sunway

$
0
0

Sandbox Menyediakan Ruang Bekerja Selesa di PJ @ Bandar Sunway- Baru-baru ini saya telah menghadiri satu majlis perasmian bersempena dengan pembukaan secara rasmi Sandbox yang terletak di Bandar Sunway. Dihadiri ramai tetamu yang sama-sama teruja untuk melihat sendiri keadaan didalam Sandbox.


Untuk pengetahuan semua Sandbox yang dibuka di bandar Sunway merupakan cawangan yang kedua. Cawangan Sandbox yang pertama letaknya di Sri Petaling Kuala Lumpur.


Di majlis pembukaan juga telah diadakan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya seperti cabutan hadiah bertuah dan juga voucher makanan yang boleh ditebus dari food truck.


Agak luas juga Sandbox di PJ @ Bandar Sunway ini. Sesuai dijadikan tempat sebarang acara seperti pelancaran produk, majlis keraian, bengkel dan pelbagai lagi. Bayangkan dengan keluasan 10,000 kaki persegi memang memberikan lebih ruang dan keselesaan.


Di bahagian atas dibahagikan kepada beberapa ruang. Sesuai untuk pekerja atau pelajar yang ingin mengadakan diskusi. Mahupun menyiapkan kerja tugasan dalam keadaan persekitaran yang cukup selesa.




Pelbagai fasiliti asas disediakan untuk kemudahan pelanggan di sini. Bagi saya sendiri dekorasi di Sandbox PJ @ Bandar Sunway cukup minimalis membuatkan ianya kelihatan sebagai ruang kerja yang cukup esklusif dan memberikan lebih rasa privasi.

Untuk info lanjut boleh layari: www.sandboxco.space/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2976

Latest Images