Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall Menawarkan Kepelbagaian Menu Dari Hidupan Laut Yang Segar- Bagi peminat makanan laut (seafood) yang berkualiti bolehlah ke Restoran Seafood Zamanku yang terletak di aras LGΒ Galaxy Ampang Mall Kuala Lumpur. Biarpun baru beroperasi (dalam setahun lebih), Restoran Seafood Zaman Ku sememangnya cukup dikenali dikalangan masyarakat setempat terutama kesegaran hidupan laut yang ditawarkan dalam setiap masakannya.
Restoran Seafood Zaman Ku dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dengan dua waktu operasi iaitu 11 pagi - 3 petang dan 5 petang - 10 malam. Hiasan dalaman berkonsepkan klasik, kelihatan begitu banyak dekorasi barangan antik, kerusi meja kayuΒ serta mejaΒ bulat yang sesuai untuk mereka yang ingin adakan makan besar bersama keluarga di sini. Untuk info, Restoran Seafood Zaman Ku ini boleh menempatkan sehingga 120 pax untuk satu-satu masa.
Di satu sudut dinding kelihatan foto-foto bandar lama digantung. Sudut yang menggamit memori.
Kelihatan juga basikal tua
Perkakasan antik yang disusun di atas rak menampilkan dekorasi klasik di restoran ini.
Hiidupan segar yang dibawa khas setiap hari dari Sabah
Terdapat juga pentas kecil didalam restoran yang biasanya dijadikan sudut untuk pelanggan berkaraoke, Restoran ini juga sesuai dijadikan tempat acara kerana keluasannya yang cukup luas serta ianya mempunyai segala kemudahan bagi pengendalian majlis.
Selain menu ala-carte turut ditawarkan hidangan secara buffet. Terdapat pakej-pakej menarik ditawarkan bagi mereka yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis mahupun keraian di Restoran SeafoodΒ Zaman Ku.Β
Boleh lihat menu ala-carte di sini. Murah dan berbaloi :-)
Antara HIdangan 'Signature' Dari Restoran Seafood Zaman Ku
Penuh satu meja. Pelbagai hidangan enak dan menarik yang telah dipilih untuk dinikmati saya bersama rakan-rakan yang lain. Ada masakan berkari, masam-masam, manis, stew ala claypot, kam heong dan pelbagai lagi.
Ini adalah antara menu (signature dish) yang sering mendapat permintaan daripada pelanggan jika ke Restoran Seafood Zaman Ku. Semuanya sedap, cukup rasa dan paling penting kemanisan kesegaran hidupan laut memang ketara.
Deep Fried Fish with Signature Nyonya Sauce
Deep Fried Tiger Prawn with Superior Soy Sauced
Signature Crab in Chilli Style
Deep Fried Sotong in Salted Egg
Kam Heong Style Lala
Signature Lamb Flap in Claypot
Thai Style Homemade Beancurd
Four Season Vege
Signature Crab inΒ Chilli Style
Walaupun bercili tetapi ianya tidaklah terlalu pedas. Cukup rasa apatah lagi ianya dimasak bersama ktam yang agak besar juga saiznya. Paling penting isi ketam agak banyak dan segar. Terasa manis isinya. Enak dinikmati bersama roti mantou.
Deep Fried Fish With Signature Nyonya Sauce
Ikan yang digoreng garing. Diletakkan bersama sos nyonya. Rasanya seakan kari nyonya tetapi tidaklah berkuah banyak; Pertama kali saya mencubanya dan rasanya tidaklah mengecewakan.
Deep Fried Tiger Prawn with Superior Soy Sauced
Hidangan ini paling saya suka. Selain daripada isi udangnya yang cukup padat. Di masak bersama soy sauce menjadikan ianya benar-benar lazat. Gabungan yang benar-benar menjadi.
Deep Fried Sotong in Salted Egg
Sotong yang digoreng ranggup dengan percikan rasa telur asin pastinya menjadi kegemaran. Di masak bersam cili kering menjadikan hidangan ini ada rasa sedikit percikan pedas.Β
Signature Lamb Flap in Claypot
Bahagian perut lembu dimasak seakan stew didalam claypot. Didalamnya terdapat juga sayuran dan cendawan. Makan panas-panas memang sedap.
Kam Heong Style Lala
Bila berada di restoran seafood, masakan kam heong pasti masuk dalam senarai. Rasa pedas-pedas berkicap memang membuka selera. Ini terutama jika dijamah bersama nasi panas.
Four Season Vege
Sayuran pelbagai jenis digoreng bersama. Ada rasa sos tiram di situ dan paling penting kehadiran petai yang menjadikan Four Season Vege ini benar-benar memenuhi citarasa orang tempatan. Serius sedap!
Thai Style Homemade BeancurdΒ
Samada datang sendiri, bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Ternyata Restoran Seafood Zaman Ku yang terletak di Galaxy Ampang Mall ini sangat berbaloi dikumjungi. Tarikan utama tentulah kepelbagaian menu yang ditawarkan, selain daripada kesegaran makanan laut yang menjadi keutamaan.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Disediakan juga perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda. Begitu juga dengan perkhidmatan katering ada ditawarkan, Bagi tempahan dan pertanyaan boleh hubungi: 0182341010 atau 0182160000 .Β
