Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Pencuci Muka dan Skrub Wajah EVERSOFT Baharu dan Diperbaharui dengan 100% Tumbuhan Organik Aktif

$
0
0
Jenama Eversoft cukup sinonim dengan saya. Rasanya sejak zaman saya belajar lagi saya sudah mengenali produk ini. Dan bagi saya Eversoft adalah jenama muka yang sesuai untuk semua kulit muka, usia, jantina dan paling penting harganya cukup berpatutan serta mudah didapati di mana sahaja.
Saya dan beberapa rakan media telah dijemput untuk menghadiri ke pelancaran beberapa siri regim terbaru dari Eversoft. Dan jangan tidak percaya rakan blogger Tommy (berbaju hitam) sehingga kini masih menggunakan produk Eversoft. Beliau memang membesar dengan Eversoft dan mempercayai produk ini memang sangat sesuai dengannya sebagai seorang remaja dan pelajar!




EVERSOFT,  jenama yang sememangnya termasyur sebagai “Pakar Pembersih Wajah Harian” telah melancarkan semula rangkaian pencuci muka dengan“100% Tumbuhan Organik Aktif”yang telah diuji & dipercayai berasaskan formulasi Jepun. Ini kerana apabila kita membersih muka dengan mendalam secara kerap secar atidak langsung dapat menyingkirkan kotoran pada permukaan wajah dengan efektif sekaligus menjadikan kulit kita kelihatan bersih, sihat dan berseri.

 

Pelancaran semula EVERSOFT adalah untuk memperkenalkan kandungan paling berkesan dalam rejim kecantikan Jepun termasuklah rangkaian yang menggunakan bahan-bahan makanan dan ekstrak organik yang diperakui dan diadun bersama seperti bunga camellia, gingko & yuzu, aprikot, avokado, mulberi, minyak dedak padi dan Asid Hialuronik. Sebagai tambahan terhadap sabun pencucinya yang terkenal, rangkaian yang diperbaharui itu turut memperkenalkan dua jenis format baharu iaitu Pembersih Susu untuk kulit sensitif dan Pembersih Gel untuk kulit kering.
 
Ms Pan Choi Yen (General Manager, [Marketing] Wipro Unza Malaysia
Variasi pencuci muka EVERSOFT sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit menjadikan ia sempurna kepada mereka yang prihatin tentang kesihatan dan kecantikan kulit terutama remaja yang sedang meniti alam dewasa.

EVERSOFT menyediakan 5 pencuci muka dan 1 skrub yang diperbaharui untuk pelbagai jenis kulit.


Pencuci Wajah EVERSOFT

Avokado & Minyak Dedak Padi (Rice Bran Oil) Organik – Khasiat Ekstra


Formula berkhasiat &penghidratan dengan 100% ekstrak Avokado Organik & Minyak Dedak Padi organik yang diperkaya dengan Vitamin E bagi membantu melawan tanda-tanda penuaan kulit dan melindungi sel kulit daripada pengoksidaan radikal bebas. Memberi khasiat dan menghidratkan kulit membolehkan kulit menjadi lebih cerah dan kekal remaja.

·         Gingko & Yuzu Organik– Kawalan Minyak & Jerawat

Formula kawalan minyak & jerawat dengan 100% ekstrak Daun Biloba Gingko & Buah Yuzu organik dan tinggi kandungan antioksidan dan Vitamin C bagi membantu membersih sambil menyingkirkan kotoran serta meredakan kemerahan kulit. Sesuai untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.

·         Bunga Camellia& Mulberi Organik– Pemutihan Ekstra & Kulit Berseri

Formula pemutihan ekstra dengan 100% ekstrak Bunga Camellia& Mulberi organik dan diperkaya dengan Vitamin E yang melindungi kulit daripada sinaran UVB berbahaya. Ia memperbaiki tona kulit, mengurangkan tompok gelap dan dalam masa yang sama meremajakan dan memperbaharui kulit menjadikan ia berseri dan berkilau.

·         Benih Jelai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik – Penghidratan Ekstra & Kulit Anjal


Formula penghidratan ekstra dengan 100% ekstrak Benih Jelai Organik & Asid Hialuronik yang bertindak sebagai agen pelembap botani semula jadi bagi mengekalkan hidrasi kulit untuk kelicinan, kecerahan dan kelembutan kulit berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.

EVERSOFT Pembersih Serum
·         Mulberi Organik & Asid Hialuronik  – Pemutihan & Penghidratan

Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.

EVERSOFT Pembersih Skrub
·         Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam

Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.

Iana mammpu memberi kelembutan kulit yang berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.

EVERSOFT Pembersih Serum
·         Mulberi Organik & Asid Hialuronik  – Pemutihan & Penghidratan
Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.

EVERSOFT Pembersih Skrub
·         Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam
Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.

Antara bahan semuljadi yang digunakan dalam EVERSOFT

Mulberi dan avacado

Gingko

Yuzu dan Mulberi


Sepertimana petua kecantikan yang diperturunkan si ibu kepada anak gadisnya, begitulah EVERSOFT yang telah diwarisi generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun. Kekal bersama asas dan kepercayaannya terhadap 100% Tumbuhan Organik Aktif dan Teknologi Jepun, EVERSOFT berterusan memberikan yang terbaik kepada para pengguna remaja di Malaysia bagi membolehkan mereka memperoleh kulit sihat, kekal remaja dan cerah berseri. Barisan pencuci muka dan skrub wajah EVERSOFT bertindak lembut pada kulit dan membersih kotoran jauh ke dalam kulit tetapi masih mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi dalam setiap cucian.

EVERSOFTtelah memperkenalkan generasi kecantikan yang menggunakan EVERSOFT iaitu Nancie Foo dan anaknya Wong Ai Lee. Menurut Nancie biarpun mereka tidak mempunyai banyak persamaan dari segi citarasa, pakaian dan lain-lain. Tetapi untuk produk pencuci muka, Nancie dan anaknya cuma menggunakan Eversoft!


Tidak hairanlah wajah mereka berdua sangat licin, bersih dan tidak kusam.

Ibarat kecantikan yang diwarisi, dijaga dan dibelai dengan produk pembersih muka yang berkualiti.

EVERSOFT baharu dan diperbaharui didatangkan dalam tiub putih elegan dengan setiap tiub mempunyai warna yang terang menarik bagi mewakili perbezaan setiap variasi. Pencuci muka EVERSOFT kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM11.75 untuk 120G dan RM17.80 untuk 195G

EVERSOFT dulu, kini dan selamanya!
Memang legend :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935