Nim’s Memperkenalkan STAR BERRY Crispy Choco Tub Bersama Coklat Strawberi - Nim’s jenama tempatan coklat tub yang cukup popular dan diminati dikalangan masyarakat Malaysia terutama golongan remaja. Mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan sehingga kini Nim’s terus mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan pelbagai varian baru yang lebih inovatif.
Penyanyi remaja Iman Troye telah dilantik sebagai duta bermula pada bulan Mac 2022 bagi bersama-sama membantu memperkenalkan jenama Nim’s bukan sahaja untuk pasaran Malaysia bahkan luar negara.
Sehingga kini, jenama Nim’s sendiri sudah mempunyai 3 kilang di Meru, Klang Malaysia dan telahpun membuka ibu pejabat di Jakarta Indonesia. Ini juga susulan daripada kejayaan kilang Nim’s yang telah diberi pengiktirafan GMP pada November 2022.
Terkini Nim’s telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu STAR BERRY dengan bijirin crispy berwarna merah jambu dinikmati bersama limphan coklat strawberi yang sangat sedap. Untuk info, STAR BERRY merupakan produk ke-7 dari jenama Nim’s.
Ditawarkan untuk satu tub RM15 sahaja dan pelanggan boleh dapatkan daripada agen-agen sah Nim’s dari seluruh Malaysia.
Nim’s variasi versatil coklat didalam balang,
Kudapan hebat yang memberi rasa keriangan!
