Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

USAHAWAN AINAA Beauty Melahirkan Ahli Perniagaan Berwawasan

$
0
0
USAHAWAN AINAA Beauty Melahirkan Ahli Perniagaan Berwawasan- Produk penjagaan wajah AINAA Beauty sememangnya cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia. Mula diperkenalkan pada tahun 2018, jenama ini terus konsisten menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.


Pengasas AINAA Beauty adalah pasangan suami isteri Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina yang merupakan usahawan muda, bersama-sama memulakan perniagaan mereka dari bawah. Berbekal kepada pengalaman dan keinginan untuk mengajak lebih ramai stokis agen AINAA Beauty untuk sama-sama berjaya, maka USAHAWAN AINAA Beauty diperkenalkan.


Bermula dengan modal serendah RM200 stokis agen yang setia bersama AINAA Beauty bukan sahaja menjadi pengguna setia produk penjagaan wajah bahkan mereka mampu menjana pendapatan sendiri. Apatah lagi dengan sokongan daripada pengasas AINAA Beauty, para USAHAWAN AINAA Beauty ini telah didedahkan dengan sistem pengurusan yang betul serta sistematik. Begitu juga dengan kepimpinan organisasi turut dikongsikan.

Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru. Para USAHAWAN AINAA Beauty juga diberikan bimbingan terutama bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya,  from zero to hero. Peringatan serta kesedaran secara konsisten bagi mengekalkan momentum USAHAWAN AINAA Beauty lebih sukses bukanlah mimpi tetapi satu realiti. Seperti harapan Encik Hafiz Mahamad, dimana beliau juga bercita-cita mahukan ada antara USAHAWAN AINAA Beauty ini berjaya membuka Klinik Aestetik milik mereka sendiri dengan kepakaran doktor aestetik.

Kejayaan Demi Kebahagiaan. Inilah motto AINAA Beauty yang mahu agen stokis mereka iaitu USAHAWAN AINAA Beauty untuk sama-sama perolehi kejayaan seterusnya menikmati kebahagiaan. Bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan tempiasnya juga dirasai oleh orang-orang yang tersayang.

AINAA Beauty telah beroperasi selama 6 tahun bersama sokongan 50 orang pekerja. Dalam tempoh ini hanya 6 pekerja sahaja yang berhenti, manakala selebihnya masih kekal berdiri bersama AINAA Beauty. Ini membuktikan semua pekerja yang sedia ada adalah yang benar-benar terlatih dan dedikasi.

Rentetan itu, tidak hairanlah sehingga kini jenama AINAA Beauty masih tetap kukuh dan fokus dalam menghasilkan produk yang berkonsepkan kecantikan, penjagaan kulit dan juga kosmetik yang terbaik.

Jom Kenali 3 USAHAWAN AINAA Beauty
Seramai 10 orang agen AINAA Beauty yang kini diangkat sebagai USAHAWAN AINAA Beauty. Di mana ke semua USAHAWAN ini merupakan agen  yang sama-sama bersama AINAA Beauty dari awal jenama ini diperkenalkan di pasaran.


Dan daripada 10, saya berkesempatan mengenali lebih dekat 3 USAHAWAN AINAA Beauty yang berbeza latar belakang dan usia. Namun masing-masing berjaya menjana pendapatan bersama AINAA Beauty.

Nurazierah Rostam (Ziera Rostam)
Berusia 31 tahun ibu kepada tiga orang anak, Ziera Rostam yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah mendapat pendidikan di Johor ini mula menjadi sebahagian daripada keluarga besar AINAA Beauty sejak tahun 2018. Anak kedua dari empat adik beradik ini pada mulanya menyertai bisnes AINAA Beauty hanya kerana berimpian membesarkan sendiri anak-anak di depan mata dan pada masa yang sama mampu menjana pendapatan sendiri.


Bermula sebagai pengguna ternyata produk AINAA Beauty begitu sesuai dengan kulitnya. Apatah lagi beliau merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan kimia, segala ilmu dan kefahaman tentang bahan-bahan terlarang memang beliau sangat cakna. Jadi melihat sendiri formulasi didalam produk-produk AINAA Beauty membuatkan beliau begitu yakin dan ingin berkongsi bersama dengan masyarakat yang lain.

Di sebalik nama Ziera Rostam sebenarnya tersimpan satu rahsia cukup kemas buat pemilik  nama ini. Menurut Ziera beliau sebenarnya dibesarkan dalam keadaan yang agak sukar. Tidak bertemu dengan ayah kandungnya sejak darjah 1 lagi dan dibesarkan oleh ibunya seorang diri. Semangat dan kecekalan ibunya itulah sentiasa menjadi inpirasinya untuk terus bangkit berjaya. Dan beliau juga ingin ayahnya berbangga kerana itulah nama Ziera sentiasa ada perkataan Rostam di belakangnya.

Kini Ziera bukanlah hanya agen biasa-biasa bahkan telahpun menjadi antara USAHAWAN AINAA Beauty. Moga dengan adanya outlet Aziera Beauty yang terletak di Bangi Sentral Selangor, Ziera Rostam terus sukses memacukan perniagaannya dan berjaya membina empayar perniagaan bersama AINA Beauty.

Noor Farinna Abd Rahim (Nina Rahim)
Seorang yang sangat ceria dan bersahaja, Nina Rahim yang baru berusia 27 tahun kini sudahpun bergelar USAHAWAN AINAA Beauty. Kini beliau sudahpun memiliki outlet sendiri iaitu Niinaa Empayar yang terletak di Bangi Sentral.


Mula mengenali AINAA Beauty sejak tahun 2018, beliau adalah antara pengguna awal yang mencuba produk AINAA Beauty yang ketika baru sahaja berada di pasaran. Menurut Nina pada awal pengenalan dengan AINAA Beauty adalah disebabkan oleh masalah kulit muka (breakout) beliau yang agak teruk. Pelbagai produk telah dicuba namun semuanya hanya berkesan untuk tempoh jangka masa yang pendek dan paling menggerikan hampir ke semua produk pernah dicuba mempunyai kandungan merkuri.

Tidak pernah mengalah untuk mengatasi masalah wajah yang dihadapi beliau terus mencari terbaik dan akhirnya diperkenalkan dengan  produk penjagaan wajah AINAA Beauty. Setelah mencuba secara konsisten ternyata AINAA Beauty begitu serasi dan inilah pilihan terbaik untuk dirinya.

Menurut Nina bukan mudah untuk beliau menjadi begitu berani membuka syarikat sendiri dengan 2 pekerja yang turut bersama-sama menguruskan bisnesnya. Didorong dari kisah hidup ayahnya yang berasal daripada keluarga pesawah dan pada masa yang sama punyai 12 adik beradik. Kemiskinan tidak pernah menghalang ayahnya untuk terus berusaha mengubah nasib diri dan keluarga.

Bermula dengan sebagai pembantu makmal di Universiti Putra Malaysia, ayah Nina terus bekerja keras dan akhirnya berjaya mencapai jawatan yang agak tinggi di jabatannya. Melihat kejayaan ayahnya yang bermula dari bawah memberi inspirasi kepada Nina untuk terus mencapai cita-citanya iaitu menjadi USAHAWAN AINAA Beauty yang bukan sahaja berjaya bahkan mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Nur Lisa Arina binti Zubir (Lisa)
Seperi Nina sahabat USAHAWAN AINAA Beauty, Lisa mula mengenali jenama ini disebabkan oleh keadaan wajahnya yang breakout agak teruk. Banyak wang telah dilaburkan mencecah beribu-ribu ringgit yang dikeluarkan oleh ibunya bagi merawat masalah wajahnya. Sebut sahaja nama-nama klinik kulit yang dicadangkan pasti Lisa akan pergi untuk mendapatkan rawatan. Namun hasilnya tetap mengecewakan.


Menurut Lisa, ketika itu keadaan wajahnya sangat teruk sehinggakan ketika bersujud semasa bersolat terasa sakit dibahagian muka. Adakanya beliau ke kuliah memakai mask muka (biarpun ketika itu bukanlah di zaman Covid), jika ditanya oleh pensyarah beliau akan memberi alasan baru balik dari pantai/bercuti yang menyebabkan wajahnya sunburn.

Sehinggalah beliau bertemu dengan AINAA Beauty pada tahun 2018. Beliau telah mencuba sendiri dan dapat lihat perubahan yang berlaku ke atas wajahnya. Bertambah lebih yakin apabila produk AINAA Beauty juga telah mendapatkan kelulusan KKM dan juga halal. Melihat pada perubahan wajahnya dari teruk sehingga elok, Lisa tidak teragak-agak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AINAA Beauty. Untuk info, Lisa juga merupakan  pengguna AINAA Beauty yang pertama dipilih untuk berkongsi didalam video testimoni dan turut diundang menjadi jurucakap AINAA Beauty sebagai pengguna di rancangan bual-bicara stesen televisyen tempatan.

Kini Lisa telah membuka syarikatnya sendiri Vaw Venture yang terletak di Subang. Beliau sanggup meninggalkan kerjayanya di bidang petroleum dan gas demi kerana minat berniaga dan paling menjadi keutamaan untuk berkongsi tentang pengetahuan serta meningkatkan kesedaran dalam penggunaan produk-produk penjagaan wajah yang selamat seperti AINAA Beauty.


Menerusi perkongsian daripada 3 wanita hebat ini dapat menyuntik semangat kepada kita semua agar lebih berani untuk realisasi misi menjadi usahawan berjaya dan mampu berdiri di atas kaki sendiri.


Kejayaan Demi Kebahagiaan.
Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru.
Program USAHAWAN AINAA Beauty melahirkan peniaga berwawasan
Moga sukses mencapai cita-cita yang diburu :-)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935