Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936

Movie Review : M3GAN

$
0
0
Filem aksi thriller M3GAN yang berdurasi 102 minit ini memang sangat direkomen untuk ditonton. Serius, tidak membosankan. M3GAN (singkatan dari Model 3 Generative Android), merupakan anak patung tetapi kelihatan seperti kanak-kanak yang diprogramkan untuk menjadi teman terbaik pada kanak-kanak dan dapat membantu ibu bapa mengendalikan anak mereka.

TQ UIP for the tixs!

M3GAN merupakan idea daripada Gemma yang merupakan pereka alat permainan di Funki. Ianya bermula apabila Gemma yang secara tiba-tiba dipertanggungjawab untuk menjaga anak saudaranya Cady yang baru sahaja kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan kereta (ketika dalam perjalanan pergi bercuti).


Struggle dengan tuntutan daripada boss di syarikat yang mahukan permainan yang hebat dan diterima pasaran dan pada masa yang sama perlu menguruskan Cady yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya, menyebabkan Gemma tekad untuk membangunkan prototaip M3GAN dengan pertolongan 2 rakan kerjanya.


Pada awalnya semua kelihatan sempurna sehinggalah Gemma menyedari kehadiran M3GAN didalam keluarganya, banyak perkara menggerikan telah berlaku. Ini kerana M3GAN sebuah projek robotik AI boleh memanupulasi manusia sehingga sanggup membunuh demi melindungi tuannya Cady.


Masa inilah kita akan nampak betapa hebat M3GAN dalam memasang strategi membunuh mereka yang memberi ancaman kepada Cady. Banyak babak yang menggerunkan terutama bila berlakunya pembunuhan. Cara bunuh dan mimik wajah M3GAN memang cukup menakutkan.


Dalam seram ada banyak pengajaran yang cuba disampaikan terutama dalam membina perhubungan antara ibubapa.penjaga bersama akan. Bagaimana kehadiran  dan sokongan emosi perlu dalam kehidupan anak yang sedang membesar.

Filem hebat ini adalah dibawah arahan Gerard Johnstone dan dibintangi Allison Williams, Violet McGraw, Ronny Chieng, Brian Jordan Alvarez serta ramai lagi. Untuk watak M3GAN dilakonkan oleh Amie Donald tetapi pemilik suara M3GAN adalah Jenna Davis.

Jalan cerita tidak membosankan walaupun kemunculan M3GAN tidaklah dari awal-awal cerita. So korang jangan  lupa utk tonton filem M3GAN di pawagam berdekatan okiee.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2936