Satu Majlis Walimatul Urus Perdana telah berlangsung dengan cukup meriah di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023. Majlis yang melibatkan 100 pasangan pengantin ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Penganjuran acara ini jiga bersempena dengan Karnival MAIWP 2023 dan dihadiri dif-dif terhormat yang dijemput berserta ahli keluarga pengantin yang dirai.
Majlis Walimatul Urus Perdana Yang Cukup Meriah
Majlis Walimatul Urus Perdana Yang Cukup Meriah
Bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”, Majlis Walimatul Urus Perdana ini meraikan pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf . Selain itu setiap pasangan pengantin turut menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan.
Pastinya menjadi kenangan ini buat 100 pasangan pengantin ini kerana mereka telah diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka. Di mana di kemuncak acara, semua pengantin akan duduk bersanding du atas pelamin yang disediakan. Pengantin turut menerima wang tunai RM2,000 setiap pasangan.
Skim Bantuan Perkahwinan
Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 ini bertujuan untuk meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta.
MAIWP sehingga Disember 2022 telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat dan zakat secara tidak langsung manakala RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan dibawah MAIWP.
Dalam majlis yang sama,2 pasangan pengantin telah dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail. Pasangan tersebut adalah MOHD SHAHRUL NIZAM BIN MOHD NAZARI & ZURIANA BINTI ZULKEFLI (wali nasab) serta AHMAD DANISH FAQIH BIN ABDULLAH & ROSASLINAH BINTI DATO (wali hakim, pasangan mualaf).
Turut hadir dalam majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.