DXN Jenama Lokal Terbaik Berkongsi Kebaikan Herba Ke Pasaran Dunia - Tumbuhan herba sememangnya sudah cukup popular berkurun lamanya. Bukan sahaja popular dijadikan dalam bahan masakan bahkan turut digunakan bagi tujuan perubatan. Ini terutamanya di dalam perubatan tradisional yang sudah diamalkan sejak zaman masyarakat kuno lagi. Apa yang membezakannya adalah cara penggunaan mengikut budaya masing-masing.
Melihat tentang kebaikan dan manfaat herba yang cukup hebat tidak hairanlah pengeluar produk makanan kesihatan DXN turut menggunakan herba tradisonal tempatan dalam produk keluarannya. Jenama lokal yang mula diperkenalkan dari tahun 1993 ini bukan sahaja dikenali dan diterima masyarakat tempatan bahkan turut menembusi pasaran antarabangsa.
Herba Hempedu Bumi
Menurut pengasas DXN Datuk Dr Lim Siow, herba yang dikenali sebagai hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis cukup terkenal dalam kalangan pengamal perubatan tradisional Cina, Ayurveda dan Greek.
Andrographis paniculata amat dikenali dan digunakan secara meluas dalam perubatan traditional.
Oleh sebab itu herba ini telah dirumus sebagai salah satu suplemen kesihatan dan pemakanan DXN.
Antara khasiat hempedu bumi ialah herba tersebut mengandungi komponen bioaktif (seperti andrographolide dan neoandrographolide) yang boleh membantu melegakan haba badan dan menggalakkan kesihatan respiratori.
Produk DXN Andro G digunakan untuk melegakan kepanasan dalam badan. Ianya adalah produk indikasi yang diluluskan oleh NPRA (MAL 19973096T) dan telah mendapat keluluskan MAB (Lembaga Iklan Ubat). Jadinya kita tidak perlu ragu-ragu penggunaan produk DXN Andro G keluaran DXN ini.
Kajian Penyelidikan Secara Konsisten
Tambahan pula DXN juga sentiasa menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan sebelum menghasilkan sesuatu produk bagi memastikan kualitinya pada tahap terbaik.
Menerusi R&D yang dijalankan, kebiasaannya khasiat herba berkenaan akan diteliti dan diperiksa bagi tujuan ramuan sebelum digunakan dalam produk DXN.
Lebih menarik, herba-herba yang digunakan diperolehi menerusi DXN Pharmaceutical Sdn Bhd sendiri yang mempunyai ladang penanaman herba di Kedah.
Rumusan Dari Herba : DXN Andro G
Mengenai rasa herba yang pahit seperti hempedu bumi, Lim berkata DXN Andro G adalah suplemen kesihatan dan pemakanan dalam bentuk kapsul, oleh itu serbuk Andro G yang dikapsulkan telah mengurangkan rasa pahit semasa pengambilannya.
Ironinya jika kita menikmati apa-apa tumbuhan herba memang akan rasa sedikit pahit. Kelainan pada produk keluaran DXN ianya ditawarkan dalam bentuk kapsul secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa pahit. Cara pengambilan juga sangat mudah dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja.
Jenama DXN Dipercayai
Datuk Dr Lim Siow turut berkongsi tentang kehebatan produknya yang lain seperti kopi yang sememangnya tidak menggunakan kafein sentetik. Jadinya ianya selamat dinikmati biarpun wanita hamil.
Sebagai peneraju dalam bidang pengeluar produk berasaskan herba, DXN sememangnya sangat komited dan konsisten menawarkan produk berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada penggunanya.
