Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Kedai 55 Kak Mah

$
0
0
,
Bila balik kelate, saya memang akan terjah Pasar Khatijah untuk membeli buah tangan untuk dibawa balik. Dan memang menjadi kebiasaan, saya akan ke Kedai kak Mah di Pasar ini. Biarpun banyak kedai yang menjual di situ tapi kak kedai Kak Mah juga yang menjadi pilihan saya.

Antara sebab saya suka ke Kedai kak Mah ni..
Serunding yang dijual memang terbaik uolls..
Ada pilihan jenis daging tenpatan dan import..
Sedap tak tipu!


Ada juga serunding ayam dan ikan...
Dan kit aboleh mencuba berkali-kali ala-ala makan kat umah, hahahahaha
Siyes, kak Mah jenis tak berkira siap kadang2 die suruh amik plastik kat situ-amik sikit-dan makan :p

Variasi keropok ikan, udng dan sayuran..
kekacang dan pelbagai kudapan yang lain...

Kak Mah memang jenis melayan pelanggan..
Kalau pelanggan, nak kerepek letak dalam bekas...dia akan turutkan...
Kadang2 packaging 500 gm dah takde yang hanya tinggal 1kg..
Kak Mah akan buka dan bungkuskan ikut kehendak pelanggan...

Inilah Kak Mah :)
Seorang yang sangat pemurah, suka bagi diskaun tanpa perlu kita menawar banyak..
Dan paling besh, setiap kali lepas bayar..pasti kak Mah akan sumbatkan beberapa barangan lain seperti sos colek, keropok, kacang2 tanda penghargaan Kak Mah buat pelanggannya yang datang membeli...


psst: Ni bukan advertorial post ya atau atas permintaan sesiapa ya, saja nak kongsi.... :p

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935