Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Persidangan Sekolah Amanah Menyokong Anjakan Transformasi Sektor Pendidikan Malaysia

$
0
0
Sejak mula dilancarkan pada tahun 2010, peningkatan prestasi Sekolah Amanah cukup memberangsangkan. Anjakan ke arah positif dengan adanya peningkatan prestasi sekolah, guru serta pelajar. Rangkaian Sekolah Amanah adalah dibawah tajaan sepenuhnya Yayasan AMIR sebuah organisasi yang disokong oleh Khazanah.


Program Sekolah Amanah merupakan satu program transformasi sekolah yang lestari dan komprehensif bagi menambah baik kemenjadian murid. Nah! Tidak dinafikan kecemerlangan Sekolah Amanah ini sekaligus mampu meningkatkan kualiti tranformasi sektor pendidikan pada masa yang sama.



Pengenalan Sekolah Amanah
Menurut sumber dari laman sesawang www.moe.gov.my Program Sekolah Amanah merupakan satu usahasama dengan rakan kongsi swasta yang bertujuan untuk mewujudkan model transformasi sekolah yang boleh dijadikan contoh di seluruh negara. YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) telah meluluskan rangka kerja pengoperasian Program Sekolah Amanah, termasuklah autonomi pada 15 Disember 2009 ketika 3rd Education Delivery Task Force (DTF). Program ini telah dilancarkan pada 10 Disember 2010 oleh YAB TPM Malaysia.

Sekolah Amanah merupakan sekolah awam iaitu sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang diurus secara usahasama antara pihak swasta (bakal penaja) yang berkelayakan dan pentadbir sekolah di bawah naungan KPM. Rakan kongsi swasta yang dipilih bagi merintis program ini adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), penaja bagi program ini. 

Mesyuarat Program Sekolah Amanah yang dipengerusikan oleh YAB TPM Malaysia pada 16 Ogos 2010 telah memutuskan bahawa Program Sekolah Amanah adalah rintis selama 2 tahun (2011 dan 2012) di bawah KNB.

 KPM telah menandatangani Perjanjian Usahasama Sektor Awam-Swasta Bagi Pengoperasian Program Sekolah Amanah bersama Yayasan AMIR pada 3 Januari 2011. Tempoh masa perjanjian adalah selama 5 tahun.

Sehingga 2015, sebanyak 62 buah sekolah telah terpilih menyertai program ini. Ianya merangkumi sekolah rendah dan menengah daripada semua tahap prestasi dengan tujuan menghasilkan peningkatan secara mampan tanpa mengira titik permulaannya.

Pihak Yayasan Amir bersama pihak pengurusan sekolah bertanggungjawab melaksanakan urusan pengoperasian Sekolah Amanah berdasarkan autonomi-autonomi yang telah diberikan iaitu kurikulum, jadual waktu dan kalendar persekolahan, polisi berkaitan murid, perolehan, kewangan dan pengurusan sumber manusia.

Persidangan Sekolah Amanah 
Bagi melestarikan program Sekolah Amanah ini, satu Persidangan Sekolah Amanah telah berlansung selama 2 hari bagi berkongsi mengenai agenda sebenar program ini serta kejayaan dan impak positif yang telah dan akan dicapai. 


Variasi pengisian padat telah dirangka bagi memberi informasi kepada orang ramai berkenaan proses transformasi dan pencapaiannya. Majlis yang cukup meriah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir sama YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan AMIR. 


Di majlis yang sama turut dipamerkan kecemerlangan dan bakat murid SMK Lundu dan perkongsian ‘Suara Kami’ yang telah dikongsikan mereka yang pernah terlibat di dalam Program Sekolah Amanah sepanjang 12 tahun diperkenalkan. 

Satu tayangan video: ‘Sebelum & Selepas’ Program Sekolah Amanah turut dipersembahkan, perkongsian tentang kejayaan dan keberhasilan dari program ini kepada umum. Seterusnya, lawatan ke tapak pameran bagi memberi lebih banyak info dan kecerahan mengenai pencapaian dan penglibatan para guru serta murid. 

Agenda dan Forum Sepanjang Persidangan


Persidangan 2 hari ini telah diisi dengan beberapa agenda dan forum. Antaranya seperti :-
  • Sesi Perkongsian Pengajaran dan pandangan masa hadapan: Program Sekolah Amanah
  • Forum yang membincangkan Perjalanan untuk Persediaan Masa Hadapan – Manifestasi Memupuk Pemikiran 
  • Sesi Perkongsian: Merapatkan Jurang Pembelajaran dan Memupuk Generasi Hilang. 
  • Perkongsian oleh Prof. Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Wai, FASc, USM yang membawa tajuk Hari esok yang lebih baik: Penyelidikan berasaskan penglibatan komuniti
  • Sesi Perkongsian Inovasi – Digital Wow! Oleh Cikgu Shahril Bin Othman (SK Sri Samudera, Perak). 

Bagi segmen bersama murid pula, antara aktiviti yang dijalankan seperti:-
  •  Preetish Thanasegaran dan aalini Anna Dickson dari SJKT Viviekananda, Kuala Lumpur membentangkan topik Bagaimana Membentuk dan Menyakinkan Pendidikan untuk Persekitaran yang Lebih Hijau. 
  • Forum Pendidikan - Spotlight: Perjalanan Transformasi Pendidikan dan Langkah Seterusnya oleh Puan Juliana (Ketua, Program & Pembangunan, Yayasan Putera Sampoerna, Indonesia) dan Puan Azlina Binti Kamal (United Nation Children’s Fund – UNICEF) dengan moderator; Dato’ Dr. Mehander Singh Nahar Singh. Member, National Education Advisory Council. 
 Dalam memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia, pengenalan kepada Sekolah Amanah meerupakan satu inisiatif yang sangat baik melibatkan usahasama antara sektor swasta dan kerajaan. Moga usaha ini terus konsisten dalam menjadikan pendidikan Malaysia antara yang terbaik silibusnya. 

Info lanjut berkenaan YAYASAN AMIR boleh dilayari di www.https://www.yayasanamir.org.my/ dan media sosial: Yayasan AMIR 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932