Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Sumbangan RM400,000 Bantuan Banjir dan Kemanusiaan di Kelantan

$
0
0
Nestlé Malaysia terus mengukuhkan kerjasamanya dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) baru-baru ini dengan menghulurkan sumbangan RM400,000. Dengan matlamat menyumbang kepada usaha kemanusiaan PBSM, dana ini akan digunakan untuk membeli ambulans baharu dan membuat persediaan bagi bantuan banjir sebelum ketibaan musim tengkujuh, serta inisiatif bantuan kemanusiaan di Malaysia dan di luar negara. Sumbangan keseluruhan kini berjumlah RM2.3 juta dalam bentuk tunai dan produk bagi menyokong pelbagai program kemanusiaan yang dianjurkan oleh PBSM pada 2023.


En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Kedua-dua Nestlé dan pertubuhan Bulan Sabit Merah/Palang Merah berasal dari Switzerland dan mendukung wawasan pengasas masing-masing untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Bagi Henri Nestlé, beliau bertekad mencari penyelesaian pemakanan yang membantu bayi yang kekurangan khasiat pemakanan. Sementara bagi Henri Dunant pula, pengasas bersama Pergerakan Palang Merah, matlamatnya ialah menubuhkan sebuah pertubuhan bantuan peringkat kebangsaan yang menghulurkan tangan kepada mangsa yang tercedera dalam perang. Di Malaysia, aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi inspirasi bagi syarikat-syarikat seperti Nestlé Malaysia, kerana kami juga komited sepenuhnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat. Kami berbesar hati untuk terus meningkatkan sumbangan kami kepada usaha yang mulia dan amat diperlukan ini oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, sebagai kesinambungan kerjasama kami selama ini dan kerjasama yang serupa oleh syarikat-syarikat Nestlé di seluruh dunia.”

Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pengerusi PBSM, mengulas, "Selama 75 tahun PBSM berbakti dan menyokong usaha membina negara dengan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Malaysia dan tempat-tempat lain. Komitmen kami meluas untuk membantu individu dan masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, warga negara atau latar belakang agama. Kami amat berterima kasih kepada Nestlé Malaysia atas kerjasama mereka. Sumbangan ini benar-benar memudahkan usaha kami untuk menyokong komuniti yang terjejas. Sebahagian daripada sumbangan ini akan disalurkan ke dalam Tabung Kecemasan Palestin kami yang baru ditubuhkan. PBSM komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bekerjasama dengan rakan-rakan seperti Nestlé Malaysia untuk meluaskan capaian kami.”

 

Sokongan Nestlé Malaysia kepada PBSM adalah sebahagian daripada misinya yang lebih luas untuk membawakan perubahan yang bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia menerusi pelbagai program. Sejak 2020, Syarikat telah memberikan sumbangan tahunan kepada usaha bantuan banjir PBSM bagi membantu komuniti yang terjejas dan terkesan.

Di samping kerjasama berterusan dengan PBSM, Nestlé terus melaksanakan pelbagai program untuk menambah baik kehidupan komuniti di seluruh Malaysia. Sebagai contoh, program Farmer Connect, menyokong masyarakat luar bandar yang terlibat dalam penanaman cili, padi dan kopi di Kedah dan Kelantan, di samping negeri-negeri lain. Usaha ini telah diperluas lagi dengan pelancaran Pemerolehan Bertanggungjawab untuk Koko Nestlé Farmer Connect di Malaysia Timur baru-baru ini. Program-program ini bertujuan meningkatkan taraf hidup komuniti petani tempatan dan mencipta rantaian bekalan tempatan yang lestari bagi cili, beras, kopi dan koko, yang kesemuanya akan digunakan dalam pengeluaran produk 100% Halal Nestlé, yang dibuat dengan bangga di Malaysia, oleh rakyat Malaysia dan untuk rakyat Malaysia.


Sumbangan terbaharu kepada PBSM telah dibuat sempena kunjungan Lembaga Pengarah Nestlé Malaysia ke acara Kelab Cili Nestlé di Pasir Puteh, Kelantan, sebagai sebahagian daripada lawatan untuk mempelajari lebih lanjut tentang usaha Syarikat menyokong dan menambahbaik komuniti peladang di sana. Di acara tersebut yang dihadiri oleh pihak-pihak berwajibtempatan dan wakil komuniti perladangan, mereka dapat melihat sendiri bagaimana program Nestlé Malaysia membawa manfaat kepada peladang tempatan, termasuk melibatkan peserta daripada golongan miskin setempat seperti petani kontrak di bawah Kelab Cili Nestlé dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935