Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Tahniah AEON Mall dan Bananabro : Pecah Rekod Penyertaan Paling Ramai Untuk Sesi Makan Nasi Daun Pisang

$
0
0
Tahniah buat AEON Mall kerana telah berjaya mencipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang. 


Ini sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records. 


Majlis cukup santai ini turut diserikan dengan persembahan tarian bersempena sambutan Deepavali yang bakal datang. Satu persembahan budaya yang cukup menarik dan menghiburkan.


Ini merupakan pertama kali AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro untuk acara yang cukup istimewa. Tidak kira bangsa melayu, india dan cina sama-sama makan nasi daun pisang ramai-ramai di pusat membeli belah AEON. Nah! Sememangnya makanan boleh merapatkan silaturrahim dalam satu majlis ukhwah yang cukup istimewa.


Buat AEON Mall dan Restoran Bananabro, tahniah sekali diucapkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932