Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® BersempenaSambutan Ulang Tahun Little Caliphs® yang ke-20 - Litte Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB) adalah peneraju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak selama 20 tahun dan mash meneruskan komitmen untuk melahirkan kanak-kanak prasekolah yang cemerlang secara menyeluruh melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP).
Buat julung kalinya, Little Caliphs® menganjurkan Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® bersempena sambutan ulang tahun yang ke-20 pada 2 Disember 2023 yang bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Acara ini bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.
Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor disaksikan oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB dan juga Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB.
Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan.
Persembahan oleh Aniq Muhai bersama kanak-kanak dari tadika Little Caliphs juga antara tarikan. Begitu juga dengan Parenting Talk oleh Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, dan penampilan istimewa maskot Amir dan Amirah antara aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung di karnival ini.
"Alhamdulillah, sepanjang tempoh 20 tahun ini, LCISB mempunyai hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia dengan sejumlah hampir 40,000 orang pelajar keseluruhannya"
Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan.
kata Datuk Haji Roslan bin Nordin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB.
Tahniah The Little Caliphs® untuk kecemerlangan 20 tahun!