Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983

Resepi Chilli Crab

$
0
0
Hidangan Chilli Crab ini antara masakan yang popular di Malaysia. Bukan sahaja rasanya memang enak bahkan ianya sangat mudah untuk disediakan. Penggunaan bahan asas juga adalah mudah didapati dari rumah. Jadi tidak sukar untuk sediakan pada bila-bila masa sahaja.


Antara bahan-bahan yang doperlukan adalah seperti :-

Ketam yang bersaiz sederhana.

Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau (kecil), halia, belacan  dan asam jawa.

Maggi secukup rasa (untuk rasa yang lebih enak)

Maggi Sos Cili dan Sos Tomato.


Maggi pes sambal tumis

Telur (1 biji)
Kisar semua bahan.

Tumiskan dalam kuali dengan sedikit minyak dan api yang sedehana.

Masukkan pes sambal tumis


Masukkan Maggi Sos Tomato

Dan juga Maggi Sos Cili

Tambahkan sedikit asam jawa

Seterusnya masukkan Maggi secukup rasa.

Dan masukkan ketam yang telah dibersihkan

Pecahkan telur. Jika perlu tambah garam gula, boleh masukkan juga

Dah siap. Senang dan sedap. Sangat rekomen untuk mencubanya bagi hidangan berbuka.

Lebih jimat jika masak sendiri. Cubalah hidangan Chilli Crab, pasti menambah nasi banyak kali.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983