Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal kita raikan tidak lama lagi, Royale Songket Restoran yang bertempat di Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah menawarkan hidangan Hi-Tea yang cukup istimewa pada harga yang sangat berpatutan.
Bertemakan hidangan bercitarasa "antarabangsa", pelbagai sajian utama sehinggalah ke pencuci mulut yang popular dan menjadi kegemaran masyarakat bukan sahaja penduduk di Malaysia bahkan masyarakat antarabangsa.
Antara yang menarik:
Hidangan tempura. Keranggupan tepung tempura dan juga sayuran dan hidangan laut yang digoreng garing.
Prawn Butter, so yummmehhhhhhhhhh....
Saiz udang sederhana besar digoreng bersaluti otas dan butter :)
Variasi Dim-Sum, hidangan masayarakat cina yang mempunyai penggemarnya di seluruh dunia, tidak kira bangsa dan agama...
Laksa asam yang cukup rasa masam dan pedas. Digabungkan pula dengan ulam seperti timun dan salad, begitu juga hirisan cili dan telur penambah rasa. Keaslian rasanya seperti kita menikmati hidangan ini ketika berada di Kuala Perlis...
Kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa, roti john!
Hidangan yang unik ~ Sup Ekor Serai Wangi. Dagingnya dimasak empuk bersama dengan rempah ratus sup yang enak.
Masakan yang popular di negeri Johor iaitu Nasi Beriani Gam boleh jug akita nikmati di sini.
Ayam Panggang bersama salad. Sedap juga dimakan bersama dengan Nasi Beriani Gam.
Kudapan ringgan seperti Pisang Goreng, Cempedak Goreng dan Keledek Goreng. Lihat sahaja betapa garingnya kelihatan di gambar. Keranggupan dalam setiap gigitan :)
Peminat muruku panas-panas, boleh juga menikmatinya di sini.
Selain itu terdapat juga hidangan berat lain seperti ayam pedas bersama kerabu mangga, Salad Yunani dan Fetta Keju, Sup Cendawan bersama roti, Sotong Goreng Berempah, Daging Dendeng, Chicken Tikka dan pelbagai lagi hidangan utama.
Untuk pencuci mulut...
Pelbagai jenis tart dan jelly buah-buahan
Puding :)
Sagu Gula Melaka, Puding Roti bersama sos kastard, serawa durian, ABC dan pelbagai jenis manisan yang lain.
Kenalkan Chef hebat yang terlibat dalam penyediaan hidangan Hi Tea di Royale Songket Restoran Hotel Grand BlueWave Shah Alam.
Ok uolls, jika berminat untuk menikmati hidangan yang sedap dan menarik di sini pada 31 Ogos 2015, bolehlah buat tempahan di Royale Songket Restoran di talian 03-55118811 ext : 2612 atau 2613 (untuk tempahan atau keterangan lanjut).
Harga yang ditawarkan:
DEWASA - RM70+
WARGA EMAS (55 Tahun ke atas) - RM45+
KANAK-KANAK (4 hingg 11 tahun) - RM35+
Hi-Tea bermula dari 12 tengahari sehingga 4 petang ya...
Esklusif pada 31 Ogos 2015
Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST
:)
