Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Kenapa Kita Kena Sentiasa Rajin Memasak Di Dapur

$
0
0
Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Salam Jumaat penuh barakah...

Bila ada orang PM saya baru-baru ni bertanyakan bagaimana saya boleh menguruskan masa dengan kerja dan rumahtangga. Paling terkesan bila dier tengok saya hari-hari mampu untuk masak buat keluarga.

Sebenarnya, saya takdelah punyai rahsia hebat sangat sampai boleh dijadikan mana-mana panduan pada pompuan2 yang dah berkeluarga...

Hikhik...
Cuma saya selalu ingat pesanan orang tua2, terutama MIL...
Katanya...

Kita ni perempuan jangan sekali-kali malas masuk ke dapur untuk memasak. Bukan semata memasak tu nak ikat perut suami tapi untuk anak-anak juga. Katanya, setiap kali kita masak. Kita kena berdoa banyak-banyak (bukan baca mentera ya uollls). 

Contoh : Macam kita masak nasi, kita basuh beras tu berkali-kali... Bacalah surah Al-Fatihah atau apa2 sahaja... sambil berdoa"biar anak-anak kita membesar jadi manusia yang baik, dengar kata dan jadilah anak2 kita golongan yang soleh/solehah". Kena amalkan sentiasa. Doa seorang ibu mustajabnya kuat uollls.

Bila kita sentiasa masak untuk ahli keluarga. Mereka tidak akan lupakan kita... tidak akan pernah lupa masakan yang pernah kita berikan pada mereka. Sampai hujung nyawa uollls... Percayalah...

Cam my laki, setiap kali balik kampung. Beliau pasti akan meminta my MIL masak macam2 masakan yang pernah dimasak untuk beliau semasa kecil. Terutama nasi dagang, tu memang WIN di hati my laki. Sampai sekarang saya tercari2 teknik dan cara air tangan my MIL, biarpun saya mencuba berkali-kali rasanya still tidak sama.

Setengah orang perempuan memang suka pujian. Bila siap masak, mereka yang menikmatinya dan kalau suka mereka akan memuji. So, memang punggung jadi kebal kembang berganda-ganda. Tapi macam kes saya pula, my laki jaranglah nak puji berlebih-lebihan. Kalau sedap die akan cakap "OK Sedap"... kalau tak sedap "AWAK KURANG LETAK ITU INI"... "CAM PELIK RASANYA"...

Apa jua komen... Kalau sedap saya senyumlah...
Kalau tak sedap... biasanya saya akan buat muka dek jerr...
Tapi satu cabaran untuk diri saya agar memperbaiki lagilah mutu masakan... heheheh

My laki pulak suka memotivasikan saya memasak dengan cara beliau sendiri...
Membelikan saya buku2 resepi... Dan...
Beliau suka membeli bahan-bahan mentah... Sangat kerap uollls...
Jarang sangat peti ais bahagian beku itu kosong...
Agak2 tinggal satu lauk jer, esok saya balik keje mesti my laki dah top up lauk, hahahah

Kadang2 kelakar jugak...
Masa saya rasa "Iskkk malaslah nak masak, dalam kepala dah tune balik ni nak ajak abang makan KFC. Mesti tup-tup dapat sms "Ayu, abang beli ikan ni itu ini, daging blabla... dan sayur..." Kalau dia ada request nak makan sesuatu mesti dia akan masuk sekali dalam sms tu..."ada santan juga..." so pahamlah kena masak kari atau masak kuah lemak... heheheheh

Memasak juga sangat membantu menjimatkan kos perbelanjaan keluarga harian. Kalau uolls jenis shopping kat hypermarket cam Tesco, Giant, MyDin dan sewaktunya lerr... Kalau kat Cold Storage, erkkk mahal juga.

Bila kita masak sendiri, kita tahu ramuan apa yang kita letak. Bagi saya yang tidak sukakan perasa seperti ajinomoto, memang dalam setiap masakan saya tidak akan meletaknya. Berbanding kalau kita makan dekat luar, rata-rata dalam masakan dowang akan letak perisa ini. Ianya sangat merbahaya uolls untuk kesihatan diri.

Saya seorang ibu tipikal  yang memang mementingkan keseimbangan diet dalam setiap hidangan. Yang mana dalam setiap hidangan perlu ada lauk berdaging (ikan/ayam/daging) dan juga sayuran. Dan macam anak2 saya memang mereka penggemar ulam, apatah lagi ulam ini dimakan bersama budu @ cencalok @ sambal belacan. Memang umphhhhh sangat! So bila kita yang siapkan hidangan kita boleh pastikan kesimbangan diet itu ada dalam ruji makanan harian mereka.

Memasak biarpun bukan tugas hakiki seorang perempuan tapi ianya juga cara untuk kita dapat saham pahala. Memasak dan bagi makan keluarga dengan niat ikhlas InsyaAllah, pembalasan yang kita akan dapat pasti semuanya yang manis2 dan baik2 juga. :)

No hurt feelings ya guys... saja nak bercakap dan kongsi...
Tak suka apa yang saya kata takpe...

Seronok juga bila kita masak, dan masakan kita menjadi :)
Cam satu pencapaian buat diri juga ....

Ok cuci mata ya uolls, masakan ku yang biasa2 yang pernah diambil gambarnya :p ...
Pajeri nenas
kari kepala ikan
Burger kambing
Gulai daging salai
Hokeh... Tatatititutu


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933