Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan kempen Hari Raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan juga ada pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian.
“Hari Raya adalah sambutan terbesar di Malaysia. Tahun ini, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna kami atas sokongan padu mereka, Shopee telah melaburkan bajet terbesar setakat ini untuk bekerjasama dengan Kedai Rasmi seperti Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV untuk menawarkan promosi untuk seisi keluarga selama 45 hari tanpa henti,”
“Malah, dengan pelancaran Bayar Waktu Terima, kami mampu mendekati sekumpulan besar pembeli atas talian pertama kali di Lembah Klang dari Tanjung Karang hingga ke Banting sekalipun untuk bersama-sama menikmati kegembiraan musim perayaan ini”
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Dari 15 Mei hingga 30 Jun, Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.
Sebagaimana cahaya Aidilfitri memberi kegembiraan kepada insan tersayang, Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017, menjadikan ia pertandingan terpanjang pernah dianjurkan untuk pengguna Shopee. Banyak lagi pertandingan dianjurkan termasuk Make a Wish for Mom (Buat Permintaan untuk Ibu), Selamat Berbuka Snaps(Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa) dan teka-teki Berapa Duit Raya, menjadikan hadiah keseluruhan mencecah sehingga nilai RM50,000!
Ramadan ini Shopee turut mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour(Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu) dan Acara Hijab Stars Recharge
.
Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA yang dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. Kali ini, kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian. Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017).
Akhir sekali, Acara Hijab Stars Recharge, satu projek usahasama dengan jenama syampu Sunsilk yang akan berlangsung pada 20 Mei 2017 dengan penampilan istimewa Hijabista terkenal seperti Khadyjah Fhatyah, Sharifah Rose, Ain Edruce, Zamrina Zamrim dan Aqilah Naqlis. Sesi khas yang akan dianjurkan termasuk kelas solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang.
Jom membeli-belah di laman web ini http://cahayaraya.shopee.com.my/ untuk lebih banyak pilihan dan ganjaran :-) Ianya bermula pada 15 Mei nanti. Uolls juga boleh memuat turut Shopee App secara PERCUMA dari Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.
