Berinspirasikan wanita penuh keyakinan menghadapi hidupnya dengan keberanian dan keindahan, Avon telah memperkenalkan haruman feminin terbarunya iaitu Viva La Vita de Parfum. Wangian hebat ini mampu mengungkap kemeriahan serta keriangan jiwa sesorang wanita.
Dihasilkan daripada bauan epal pink lady yang segar dan meriangkan, disusuli dengan bauan buah mandarin yang membebaskan perasaan. Untuk nota tengah, keharuman daripata pati mimosa yang mewah serta mengujakan serta wangian magnolia merah jambu yang memberikan sentuhan lembut memukau dan mempersonakan.
Manakala kayu cendana menyerlahkan lagi dasar haruman ini, dilengkapi dengan kekacang vanila yang manis serta kayuan Kashmir yang mampu memberi kehangatan yang lebih lama.
Perkenalkan 2 pencipta wangian hebat Viva La Vita iaitu Elisa Benat dan Harry Fremont. Mereka sememangnya pakar dalam menghasilkan wangian terbaik dan bermutu tinggi.
Di majlis pelancaran juga, Avon juga telah memperkenalkan wajah Viva La Vita, iaitu Nelydia Senrose. ISifat optimis pelakon muda dan jelita ini bertepatan dengan aspirasi Viva La vita itu sendiri. Sekaligus ianya juga bakal emberi inspirasi kepada bakal-bakal pengguna haruman terbaru dari Avon ini.
Di majlis pelancaran tersebut saya juga berkesempatan untuk mencipta haruman peribadi. Yang mana saya hanya perlu membuat campuran atau kombinasikan 3 pati utama untuk menghasilkan haruman yang cukup secocok dengan jiwa saya. Memang seronok!
