Sepertimana yang pernah saya telah kongsikan didalam penulisan sebelum ini (disini), CSR MBI Selangor telah mensasarkan pemberian baju sekolah kepada 55,000 pelajar yang memerlukan di negeri Selangor. Ianya telah bermula sejak musim cuti sekolah bulan dari November lagi dan hari ini pemberian bantuan telah diteruskan dengan pengagihan kepada sekolah-sekolah yang terpilih.
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Jaafarudin Md Ali
Menurut Ustaz Jaafarudin Md Ali atau lebih dikenali sebagai Ustaz Jay, bantuan persekolahan adalah berbentuk pakaian sekolah (sekolah rendah) ini diharapkan dapat membantu keluarga yang memerlukan terutama di zaman ekonomi yang begitu mencabar hari ini. Biarpun tidak dalam bentuk wang tunai namun bantuan seperti pakaian sekolah ini lebih banyak manfaatnya terutama dengan harga pakaian di pasaran yang agak tinggi.
Saya sendiri begitu teruja apabila melihat anak-anak yang tidak sabar untuk kembali ke sekolah dengan berpakaian baru :-)
Pakaian sekolah yang disumbangkan adalah daripada label FR Junior, rekaan istimewa saudara Fairuz Ramdan seorang pereka tempatan yang banyak menghasilkan koleksi rekaan yang menarik dan berkualiti.
Dan saya sempat menyaksikan majlis penyampaian sumbangan kepada 22 sekolah yang terpilih, yang mana setiap sekolah telah menghantar wakil untuk menerima sumbangan dari CSR MBI Selangor. Moga dengan usaha CSR MBI Selangor yang mula ditubuhkan pada Januari 2015 ini mencapai objektif penubuhannya untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.

Usai sahaja upacara penyampaian, semua wakil yang hadir mengambil bantuan yang diberikan dan seterusnya mengagihkan anak-anak yang terpilih di sekolah masing-masing.
