
Bersempena dengan pengenalan kepada Dynamo Powder, produk terbaru P&G dibawah label Dynamo serbuk pencuci pakaian yang tersohor di Malaysia telah bekerjasama dengan Mydin bagi menawarkan hadiah yang cukup menarik kepada 60 pelanggan bertuah. Dengan hanya membeli produk Dynamo dengan minimum perbelanjaan RM30, mereka boleh menebus hadiah yang ditawarkan iaitu set yang mengandungi beg troli, tuala Hallmark dan serbuk pencuci pakaian Dynamo.
Ianya berlangsung dari 5 Januari 2018 sehingga 7 Januari 2018, yang mana untuk setiap hari hanya 20 pembeli pertama layak menerima hadiah yang ditawarkan. Dan semua pembeli yang berjaya menjadi 20 pertama perlu menuntut hadiah mereka pada hari Ahad 7 Januari 2018 jam 1.30pm di Mydin USJ.
Terdapat 2 warna beg yang ditawarkan iaitu hijau lumut dan biru turquoish. Serius cantik, saya sendiri pun berkenan, hehehe.
Untuk pengetahuan semua, selebriti Cik Puan Sarimah Ibrahim telah dilantik menjadi duta terbaru jenama Dynamo. Pemilihan Sarimah Ibrahim ternyata tepat sekali memandangkan karektornya yang begitu ceria dan bersahaja sesuai dengan konsep terbaru yang ingin diperkenalkan oleh jenama Dynamo.
Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah, gamat dengan gelak tawa serta gurauan gabungan mantap duta Dynamo Sarimah Ibrahim dan juga DJ ERA FM yang tidak asing lagi saudara Haniff Hamzah. Masing-masing yang cukup mengenali antara satu sama lain memandang mereka berdua pernah berada didalam syarikat dan industri yang sama DJ Radio di Astro Malaysia.
Cik Puan Sarimah Ibrahim bersama dengan orang kuat daripada P&G Malaysia.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan duta terbaru Dynamo iaitu Cik Puan Sarimah Ibrahim. Seorang yang sangat bersahaja dan peramah membuatkan kita begitu selesa mendekatinya :-)
Kita menumpang bergambar ajooo. Tapi memang untunglah mereka yang berpeluang menerima hadiah dari Dynamo. Secara jujurnya produk Dynamo sememangnya kita sedia maklum memang bagus kualitinya (agen pencuci pakaian yang cemerlang) dan dengan menerima hadiah yang begitu menarik menggandakan keseronokan pembeli di Mydin USJ.
Bersempena dengan pengenalan kepada produk Dynamo powder ini juga telah diadakan peraduan yang menawarkan hadiah mesin basuh. Sebanyak 85 unit ditawarkan. Dengan hanya membeli 2 pek Dynamo Powder di Mydin. Lengkapkan slogan (sila tengok video dibawah untuk keterangan lanjut). Tarikh tutup 31 Januari 2018 yerppp..
