Apabila Yara berusia 6 bulan, saya sudah mula memperkenalkan makanan pejal buat beliau. Dan bagi memastikan pengambilan makanan yang diambil adalah seimbang, saya sendiri yang akan menyediakannnya dan menentukan jenis hidangan yan diambil setiap hari.
Namun bukannya mudah untuk ibu seperti saya yang perlu menguruskan 7 orang anak dan juga bekerja pada yang sama untuk menyediakan pemakanan yang sihat terutama buat Yara yang masih kecil. Jadi, saya memutuskan untuk mencari produk kisar dan memasak khas untuk bayi di pasaran yang harganya masih mampu milik, praktikal dan mudah.
Dan akhirnya saya berminat dengan produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender yang agak baru di pasaran, namun ianya adalah antara pilihan terbaik dan mampu milik. Saya paling suka tentang produk ini ialah ianya dapat melakukan 2 dalam 1 kerja iaitu -stim dan kisar pada masa yang sama. Jadi kita boleh memastikan makanan yang disediakan untuk anak berada didalam tahap kebersihan yang paling maksimum (tidak 'hassle' dan dapat menjaga 'hygiene')
Unboxing - Secara ringkas dari segi keluaran produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender. Saya memang teruja bila pertama kali membuka kotak ini, sebabnya inilah antara produk didalam impian saya untuk memilikinya.
Dengan Mimosa Baby Food Steamer & Blender, kita boleh menyediakan makanan bayi daripada sumber nutrien buahan, sayuran, beras dan kekacang. Sepertimana yang kita ketahui sumber-sumber semulajadi ini adalah tinggi khasiatnya terutama jika kita tidak langsung menambah sebarang sebarang perisa tambahan.
Produk ini adalah 'free BPA', jadi ianya adalah selamat terutama penggunaannya kepada anak-anak. Daripada gabungan plastik dan 'stailess steel' yang tahan lasak.
Penggunaannya sangat mudah biarpun jika kita bukanlah seorang ibu yang amatur dengan barangan/peralatan dapur. Tetapi produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender ini tidak memerlukan pengetahuan teknikal untuk menggunakannya. Hanya tekan pada butang (reelase latch) yang terletak di atas.
Makanan untuk si manja boleh disediakan dalam 20 minit sahaja. Apa yang penting kita perlu tahu bagaimana hendak menggunakan 'control panel' yang terdapat di produk ini dan ianya bergantung jenis hidangan makanan yang hendak disediakan. Kita sebenarnya boleh merujuk kepada buku panduan yang ada jugamenerangkan secara berperingkat bagaimana memilih fungsi yang terdapat di 'control panel' .
Produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender ini didatangkan dengan bekas kukus khas dan juga pengisar 'stainless steel'. Ianya juga mempunyai ciri 'safety-lock on bowl' .
Untuk bekas stim kita boleh alihkan sekiranya kita hendak menggunakan pengisar sahaja. Dan pengisar juga boleh dialihkan sebaliknya sekiranya kita mahu penggunaan perkakasan stim sahaja (steamer).
Bahan makanan seperti buah dan sayuran perlu dipotong dadu (kiub) terlebih dahulu bagi memudahkan pemprosesan kisar dan stim.
Produk Mimosa Baby Food Steamer & Blender ini juga didatangkan dengan buku panduan yang boleh dijadikan rujukan ketika hendak menyediakan makanan untuk si manja. Ini bagi memastikan hidangan yang disediakan tepat dari segi tekstur dan rasa semulajadi.
Tetapi saya lebih gemarkan untuk menggunakan Function, hanya tekan 2 kali pada butang Function untuk mendapatkan fungsi mode stim dan kisar. Jadi saya hanya membiarkan sahaja bahan makanan yang hendak disediakan untuk distim dan kisar pada masa yang sama.
Memandangkan saya hendak menggunakan mode Function, jadi saya hanya menggunakan kisar sahaja (blade) tanpa mangkuk stim (bowl) plastik. Masukkan terus sumber makanan yang hendak diproses.
Cukup 20 minit siap makanan yang hendak disediakan untuk si manja saya.
Lihat sahaja aksi si manja saya Yara yang begitu teruja menikmati puri kentang holland istimewa di stim dan dikisar menggunakan Mimosa Baby Food Steamer & Blender. Teksturnya sangat lembut.
So, kalau uolls nak membeli produk ini bolehlah dapatkan di outlet Mothercare Malaysia dan outlet-outlet barangan yang terpilih. Untuk keterangan lanjut boleh layari :-
