Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Fernleaf Dengan 100% Kebaikan Kini Memperkenalkan Pek On-The-Go!

$
0
0
Fernleaf adalah satu jenama yang cukup saya kenali sejak dari kecil lagi. Kiranya jenama ini membesar dengan saya sekian lama. Telah berada di Malaysia sejak 30 tahun dulu, ternyata khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ini sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan semua susu Fernleaf dihasilkan dari sumber susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan diberi ketelitian dalam setiap langkah pengeluaran. Jadi tidak hairanlah mengapa susu Fernleaf mencapai standard khasiat tertinggi dalam produk ternusu.

Jika sebelum ini susu Fernelaf ini didatangkan dengan pek serbuk yang perlu dibancuh sendiri. Namun untuk produk terbaru mereka telah memperkenalkan dalam bentuk pek mudah dibawa ke mana sahaja -'on-the-go'. Jadi ianya memudahkan untuk kita bekalkan anak-anak kita dengan khasiat susu Fernleaf setiap hari tanpa perlu membancuhkannya terlebih dahulu. Yang menariknya terdapat dua jenis pek yang ditawarkan iaitu 200ml dan 1liter.

Punyalah saya kesian kat Ameer. Excited jumpa lembu biarpun papan jer tu. Hahahaha. duk KL memang susah jumpa lembu, huhuhu. Kat kampung pun dah tak banyak kelihatan di tepi jalan.Siap tanya mummy mana nak jumpa lembu kaler macam ni. Saya cakap "New Zealand". Terus my Ameer ajak naik flight pergi New Zealand, nak jumpa lembu hitam putih ni. Adoihai...

Karen Ong Pengarah Pemasaran Fonterra Berands Malaysia sewaktu pelancaran produk baru menjelaskan bahawa setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing.

"Sama ada tiba di tempat kerja pada masa yang tepat, mendukung anak atau mengangkat barangan yang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah, kita memerlukan daya mental dan fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan harian!"

"Dengan kebaikan susu 100% di mana-mana sahaja anda berada, Fernleaf berharap dapat menggalak warga Malaysia untuk lebih hebat setiap hari, terutama ketika bekerja mahupun menghabiskan masa bersama-sama rakan dan keluarga".

Oh ya! Bersempena dengan perkenalan produk terbaru, Fernleaf telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik di LG Oval Pusat Membeli-Belah One Utama bermula dari 10-14 Januari 2018.

Terdapat promosi harga menarik ditawarkan untuk susu jenama Fernleaf di sini. Contohnya untuk 4 kotak susu pek 200ml Fernleaf dijual pada harga RM3.99. Murah kot! Dalam RM1 sekotak.

Boleh juga merasai 'sample' susu samada coklat ataupun 'plain'. Kedua-duanya sedap bagi sayalah!

Ini adalah tarikan utama disini. Di mana pengunjung boleh mencuba sendiri 'Cabaran Pendakian" yang disediakan. Dengan stamina yang tinggi dan keberanian anda pasti boleh melakukannya. Chewahhh!

Port untuk anak-anak datang bergembira. Melompat di trampolin memang antara aktiviti yang menjadi kegemaran anak-anak. Tak berhenti kot! Mana datangnya stamina tinggi ni? Dari susu Fernleaf kot, hehe.

Susu Ferneaf ini dilengkapi dengan nutrien penting seperti protein, vitamin A, vitamin D dan kalsium :-)

So uolls, untuk kebaikan diri dan keluarga jangan lupa dapatkan susu Fernleaf di pasaran dengan harga RM5.70 bagi setiap pek (ada 4 ) kotak susu 200ml dan RM6.60 untuk pek 1liter.

Go for Greatness!
With 100% Milk Goodness!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933