Seperti yang pernah saya kongsikan dalam entri sebelum ini mengenai peranan MyIPO dan kepentingan pemilik untuk mendaftarkan harta intelek mereka. Harta intelek di sini adalah merujuk kepada hasil kreativiti yang merangkumi pelbagai aspek seperti karya muzik, sastera dan seni, rekacipta serta rekaan produk. Begitu juga dengan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan seperti hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan juga dirujuk dibawah harta intelek. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang/pemilik bagi salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta/reka.

Dan untuk entri kali ini saya akan kongsikan mengenai Cap Dagangan yang mana masyarakat hari ini lebih mengenali dan suka menyebutnya dengan perkataan "trademark" (perkataan didalam Bahasa Inggeris).
Seperti yang mana telah ditakrifkan oleh MYIPO, Cap Dagangan boleh dalam bentuk perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Cap dagangan boleh membezakannya barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Tidak hairanlah Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.
Fungsi Cap Dagangan
Pastinya tentu kita akan tertanya apakah fungsi sebenarnya Cap Dagangan (Trademark) terutama kepada pemilik-pemilik produk. Terdapat 5 fungsi Cap Dagangan (Trademark) yang perlu kita tahu, iaitu:-
Fungsi Asal– Cap Dagangan ialah ia dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Fungsi Pemilihan– Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Fungsi Kualiti– Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barang barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya.
Fungsi Pemasaran– Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan.
Fungsi Ekonomi– Cap-cap yang telah ‘established’ di pasaran menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut boleh dilesenkan atau di ‘franchise’kan.
Kepentingan Pendaftaran Cap Dagangan
Keistimewaan pendaftaran harta intelektual didalam cap dagangan adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan untuk:
Hak Eksklusif– Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
Bukti sah undang-undang – Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri.
Sebenarnya terdapat banyak contoh-contoh 'Cap Dagangan' di pasaran. Namun ini adalah contoh-contoh 'Cap Dagangan' yang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia.
(Sumber Carian : Mr Google)
Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama sepuluh (10) tahun dari tarikh pendaftaran dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun ya!
*****
Saya sendiri telah mendekati Puan Zamzarina seorang usahawan tempatan yang mengusahakan perniagaan coklat yang sudi berkongsi tentang kepentingan 'Cap Dagangan' dalam usaha memasarkan produk beliau di pasaran.
Jenama CocoDamia ditubuhkan pada tahun 2013 dan diuruskan dibawah Syarikat Pelangi Network Management Sdn Bhd. Produk yang dihasilkan adalah berasaskan coklat seperti Coklat IQ, Energy Bar, Chocolate Malt, Oat Choco cube dan aneka coklat homemade lain yang untuk tujuan gift dan goodies.
Sebenarnya terdapat banyak contoh-contoh 'Cap Dagangan' di pasaran. Namun ini adalah contoh-contoh 'Cap Dagangan' yang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia.
(Sumber Carian : Mr Google)
Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama sepuluh (10) tahun dari tarikh pendaftaran dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun ya!
*****
Saya sendiri telah mendekati Puan Zamzarina seorang usahawan tempatan yang mengusahakan perniagaan coklat yang sudi berkongsi tentang kepentingan 'Cap Dagangan' dalam usaha memasarkan produk beliau di pasaran.
Jenama CocoDamia ditubuhkan pada tahun 2013 dan diuruskan dibawah Syarikat Pelangi Network Management Sdn Bhd. Produk yang dihasilkan adalah berasaskan coklat seperti Coklat IQ, Energy Bar, Chocolate Malt, Oat Choco cube dan aneka coklat homemade lain yang untuk tujuan gift dan goodies.
*Seriously saya pernah merasai Coklat IQ, memang sedap. Halal, homemade, hasil usahawan anak tempatan yang boleh dibanggakan.
Selain itu, Cocodamia turut mengadakan aktiviti "Edutour" untuk pelajar-pelajar membuat lawatan dan DIY sendiri coklat di galeri. Oh ya! Cocodamia juga mempunyai sebuah galeri coklat yang berpusat di Johor Bharu yang diberi nama "GO JB Chocolate". Untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk dan aktiviti boleh layari FB ole ole cocodamia :-)
Cap Dagang (trademark) yang didaftarkan adalah jenama "COCODAMIA" itu sendiri. Logo yang dipilih adalah ringkas tapi eksklusif dan warna yang dipilih hanya 2 warna sahaja iaitu coklat dan putih melambangkan jenis perniagaan coklat itu sendiri.
Ianya telah didaftarkan pada 21 Mei 2013 di MyIPO.
i. Website – http://www.myipo.gov.my/
ii. Facebook – https://www.facebook.com/ipmalaysia/
iii. Instagram - https://www.instagram.com/myipo/
iv. Twitter – https://twitter.com/myipo/
![]()
Ianya telah didaftarkan pada 21 Mei 2013 di MyIPO.
Puan Zamzarina berpendapat adalah penting untuk mendaftarkan Cap Dagang (trademark) produk bagi tujuan membuktikan identiti produk itu adalah hakmilik kita sendiri. Ini terutama dalam aspek pengiklanan agar ianya tidak disalahguna atau ditiru oleh pihak pesaing yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang kita ketahui setiap pendaftaran sah untuk 10 tahun dan akan diperbaharui pada setiap 10 tahun. Jadi ia merupakan satu ciri perlindungan agar tidak ada sesiapa pun dibenarkan menggunakan nama atau rupa bentuk yang sama atau seakan-akan sama dengan identiti produk yang kita daftarkan.
****
Jelas untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita perlu bijak dengan mendaftarkan segala rekaan produk kita agar segala urusan untuk dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi, pengiklanan dan pelbagai lagi tidak akan mengalami isu seperti ciplak dan sebagainya. Paling penting hakmilik kita dilindungi.
Keterangan lanjut mengenai Cap Dagang (trademark), boleh layari:-
i. Website – http://www.myipo.gov.my/
ii. Facebook – https://www.facebook.com/ipmalaysia/
iii. Instagram - https://www.instagram.com/myipo/
iv. Twitter – https://twitter.com/myipo/
