Sepertimana semua ibubapa tahu berimaginasi secara sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Dari berimaginasi kanak-kanak akan lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
Kita boleh belajar karektor kanak-kanak melalui apa yang diimaginasi mereka..
Kita boleh memahami emosi kanak-kanak ketika mereka melakukan aktiviti..
Kita boleh melihat sendiri perkembangan EQ dan IQ mereka menerusi hasil kreativiti yang mereka hasilkan..
Sebenarnya memang banyak kita boleh lihat, amati dan pelajari menerusi aktiviti yang dilakukan hasil dari cara mereka berimaginasi menghasilkan sesuatu. Oleh itu tidak hairanlah lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan.
Ini kerana dengan PLAY-DOH®, imaginasi kita akan tiada hadnya. Kita sebagai ibubapa boleh bekerjasama dengan anak-anak untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. Kita boleh berkomunikasi dengan anak kita, berbincang dengan mereka tentang apa yang ingin mereka hasilkan.
Contohnya, saya bertanyakan pada Amani.
Saya : Amani sayang...Apa yangAmani tahu pasal negara kita Malaysia...
Amani: Amani tahu pasal bendera - ada bintang, warna biru, KLCC, kuih karipap.....
Dan pastinya Amani mengeluarkan pelbagai idea yang berkaitan dengan Malaysia...
Secara logiknya untuk kanak-kanak yang berusia 5 tahun, imaginasinya adalah perkara atau aktiiviti tentang Malaysia yang dilihatnya setiap hari bukan?
PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
Contohnya KLCC...
Atas bimbingan my Yana yang berusia 12 tahun..
See KLCC yang diimaginasi...Not bad!
Apatah lagi menggunakan warna-warna terang, menjadikan objek yang dihasilkan lebih menarik.
Bermain PLAY-DOH® juga mampu membentuk jati diri yang baik dalam diri kanak-kanak. Mereka akan lebih tekun, sabar dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyiapkan objek yang mereka imaginasikan.
Paling penting proses pembelajaran berkreatviti bersama PLAY-DOH® boleh juga dilakukan samada didalam rumah mahupun secara santai di luar rumah.
Hasil imaginasi Amani, diterjemahkan bersama adik-beradiknya yang lain. Dan saya juga turut serta ya. Memang seronok dapat menghabiskan masa bersama anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menarik.
Menggabungkan elemen "Sehati-Sejiwa" - menunjukkan betapa harmoninya Malaysia seperti warna-warni pelangi yang ceria. Dengan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya, bunga kebanggsaan iaitu bunga raya dan juga kuih tradisonal yang menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu karipap dan donut dulu, kini dan selamanya. Kelihatan juga Gunung Kinabalu dan juga KLCC antara mercu kebanggaan negara. Keunikkan ketara, kesejahteraan terjaga, moga Malaysia terus bersinar umpama mentari bercahaya.
Saya teruja dan bangga dengan idea kreatif dari imaginasi my Amani...
Bravo!!!!
Oh ya, bermula 21 ke 27 September bertempat di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, pengunjung tidak kira samada kanak-kanak mahupun orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® .
Karya boleh dalam bentuk ukiran, nombor ataupun huruf. Semasa anda semua mencipta yang baharu ataupun mencipta semula rekaan yang sedia ada. Ini sekaligus anda berpeluang menyertai kempen dari The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari, iaitu pada 26 September (Sabtu). Acara ni akan menyaksikan hasil rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH®
Jangan lupa sertainya ya!!!
