Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Hadiahkan Anak Anda Dengan Mimosa Newborn Grooming Gift Set

$
0
0
Saya memang sangat mementingkan jenis peralatan/perkakasan yang digunakan buat anak-anak. Apatah lagi ketika mereka masih bayi. Saya memang akan memastikan segala perlatan yang digunakan adalah selamat digunakan. Selain faktor itu saya juga mengambil kira dari segi kualiti dan praktikal (untuk dibawa ke mana sahaja, memandangkan saya sekeluarga gemar bercuti).

Jadi apabila saya diperkenalkan dengan Mimosa Newborn Grooming Gift Set , memang saya sangat teruja "Yessssza inilah produk yang sangat diperlukan oleh my Yara!"

Apa yang menarik ianya didatangkan dalam beg kecil yang kompak yang memenuhi kelengkapan tatarias bayi/anak anda perlukan setiap hari :-)

Di dalam set Mimosa Newborn Grooming Gift Set terdapat:-
- Sikat nipis (Comb teeth )
- Berus rambut (Extra soft nylon bristles)
- Alat pemotong kuku khas untuk bayi (baby nail clipper)
- Nasal aspirator - khas untuk bayi anda sekiranya mereka mengalami selsema, tersumbat hidung dan sebagainya. Hanya letakkan silikon putih lembut di bahagian dalam hidung, tekan di bahagian warna ungu (pengepam) dan kita akan dapat lihat mukus akan keluar dari hidung anak kita.
- Berus gigi silikon lembut yang dipakaikan di jari (Soft silicone finger toothbrush)
- Gunting kecil


Jadi ini adalah Soft Silicone Finger Toothbrush. Hanya masukkan jari yang anda rasa selesa untuk menggosokkan gigi bayi anda.

Untuk bayi/anak kecil gigi dia tidaklah banyak tetapi kita perlulah memberus dengan lembut. Ini bagi mengelakkan bayi/anak anda daripada rasa tidak selesa. Selepas digunakan, perlulah dicuci dengan air bersih dan keringkan.

Dalam set 'grooming' ini juga terapat gunting serbaguna

Ini adalah alatan paling penting bagi saya. Sebabnya kuku anak memang cepat panjang, jadi terutama buat bayi kita perlu sentiasa berhati-hati ketika hendak memotongnya. Apatah lagi jari dan kukunya agak halus.

Yang bestnya nail clipper dari Mimosa Newborn Grooming Gift Set ini memang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan mampu mengelakkan jari bayi/anak kita daripada tercedera tanpa sengaja.

Rambut Yara adalah dari jenis yang ikal dan lembut. Jadi ianya sangat senang untuk diuruskan.

 Ketika memegang produk ini say ajuga dapat rasakan ianya diperbuat daripada plastik yang berkualiti terbaik (sangat padu dan grip). dan paling penting Yara begitu selesa kerana bulu berusnya memang sangat lembut.

Memandangkan rambut Yara agak panjang. Saya kadang-kadang perlu mengikatnya bagi kelihatan kemas. Jadi saya menggunakan comb teeth dari Mimosa Newborn Gift Set.

 Produk yang mesra bayi ini memang sangat mudah menggunakannya. Dan sekali lagi saya sangat mementingkan keselesaan my Yara.

Comel tak my Yara? Hehehehehehehehe
Bukan main happy Yara lepas siap didandan rapi....

Mimosa Newborn Grooming Gift Set ini juga bukan sahaja boleh dibeli untuk kegunaan anak sendiri bahkan ianya juga sesuai dijadikan hadiah terutama buat ibu-ibu yang baru melahirkan cahayamata.

So, kalau uolls nak dapatkan produk ini bolehlah terjah di outlet Mothercare Malaysia dan outlet-outlet barangan yang terpilih. Untuk keterangan lanjut boleh layari :-




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933