Melancong bersama keluarga sememangnya antara aktiviti yang paling saya dan suami sering lakukan setiap tahun. Biarpun anak kami ramai dan semestinya memerlukan bajet yang besar, namun aktiviti melancong tetap diteruskan. Selain daripada pakaian, snek, tiga produk dari Mimosa ini sentiasa menjadi pilihan saya setiap kali saya travel bersama Yara dan Ameer.
Selain daripada saiz sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja, produk ini juga sememangnya barangan keperluan utama buat Yara dan Ameer.
Menarik tentang set sikat ini ialah saiznya yang mudah di bawa ke mana sahaja. Materialnya pun sangat best iaitu daripada plastik yang tebal dan berkualiti. Bila kita pegang terasa begitu kemas kerana kita boleh 'grip' dengan selesa bahagian pemegangnya. Paling penting bahagian sikat tidak tajam dan sesuai untuk menyikat rambut bayi/anak kecil yang lembut dan halus. Nak bersihkan sikap ini mudah sahaja, hanya bila dengan air dan lap kering.
Saya rasa kebanyakan ibu yang mempunyai anak kecil sangat memerlukan bekas makanan khas untuk meletakkan susu bayi seperti diatas. Apatah lagi bekas ini datangnya berwarna-warni menjadikan ianya sangat menarik untuk dibawa melancong :-)
Bebas BPA menjadikan bekas ini juga selamat digunakan bayi/anak kecil. Terdapat 4 bahagian dengan saiz untuk menyimpan sehingga 120ml setiap satu,
Kita boleh meletakkan serbuk susu, snek ataupun biskut didalamnya. Contohnya seperti saya untuk sekali bancuhan sebotol susu saya akan letak di satu bekas. Jadi ianya lebih mudah dan lebih 'hygience'.
Mimosa Multi-Purpose Food Cutter & Masher
Saya paling suka produk ini. Ianya ibarat penyelamat saya setiap kali penyediaan makanan untuk Yara ketika melancong. Pembuatannya dari gred plastik berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan Phthalate jadi ianya selamat untuk kegunaan bayi/kanak-kanak kecil.
Alatan ini mungkin agak 'rare' untuk setiap ibu tapi percayalah ianya sangat berguna terutama jika kita hendak menyediakan makanan khas buat bayi/anak kecil kita. Ini kerana bayi/anak kecil memerlukan makanan solid yang lembut dan tidak perlu mengunyah dengan kerap.
Contohnya seperti sayayang hendak menyediakan puri pisang buat Yara. Jadi saya hanya menggunakan Mimosa Multi-Purpose Food Cutter & Masher untuk melenyekkan makanan tersebut tanpa perlu sentuh. Dan ini sangat berkait dengan faktor kebersihan juga.
Dan nak makan sendiri tanpa pertoloingan mummy, aishhhh...
oh ya! Semua produk Mimosa boleh didapati di butik Mothercare ya..
Keterangan lanjut boleh layari:-
