Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

Raikan Cinta Bersama Ambassador Putrajaya By Hanana Group

$
0
0
Raikan Cinta Bersama Ambassador Putrajaya By Hanana Group | Majlis Raikan Cinta adalah detik yang begitu istimewa di mana kita raikan hari bersejarah bersama orang-orang yang yang kita sayangi. Memandangkan ianya begitu istimewa, pastinya kita sentiasa mahukan yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan.

Selain daripada faktor budget, kemudahan serta fasiliti dewan perkawinan, jamuan makan, salinan pakaian dan banyak lagi perlu juga diberi perhatian. Ini pastinya banyak perlu difikirkan agar majlis yang berlangsung tidak menjadi kelam kabut. Namun sekiranya ianya dapat diuruskan dalam satu pakej secara tidak langsung memudahkan segala urusan majlis mengikut seperti yang kita impikan.

Ambassador Putrajaya Oleh Hanana Group menawarkan pelbagai pakej menarik termasuklah tempat acara (dewan) untuk majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, sambutan hari jadi, jamuan pejabat (hi-tea) dan sebagainya.



Terletaknya di Presint 15 Putrajaya, lokasi yang begitu strategik terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berdekatan untuk mengadakan majlis bersejarah mereka. Selain daripada kemudahan akses melalui lebuhraya, untuk pengetahuan semua kawasan Presint 15 Putrajaya sangat cantik dan bersih.

Antara didalam pakej perkahwinan dari Hanana Group seperti:-
  • Dewan Besar (termasuk dekorasi) - untuk satu-satu masa boleh memuatkan sehingga 350 orang.
  • Persalinan/Busana Pengantin
  • Mekap disediakan
  • Keperluan dewan (teknikal : sistem bunyi, mic, MC dan sebagainya)
  • Jurugambar (vendor)
  • Katering
  • Sudut Teh (kuih-muih)
  • Meja makan utama untuk 10 orang
Untuk pemilihan pelamin adalah bergantung kepada pakej yang diambil. Namun pelamin yang sedia ada diberikan oleh Hanana Group bagi saya sudah cukup menarik dan cantik. Terutama dengan sentuhan warna-warna lembut dan rekabentuk yang cukup minimalis menjadikannya ianya kelihatan kekal 'evergreen' di mata saya. Antara contoh gaya pelamin adalah seperti dibawah:-




Cantik bukan? Saya sendiri teruja melihat pelamin yang cukup indah yang ditawarkan disini.

Bagi hidangan yang disediakan oleh Hanana Catering ianya bergantung kepada pakej yang ditawarkan, namun sekiranya pihak pengantin sendiri inginkan lauk-pauk tambahan ataupun jenis masakan tertentu bolehlah membuat usulan kepada pihak katering. Ini kerana bagi Hanana Group kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Untuk pengetahuan semua, pejabat urusan Hanana Group terletak di tingkat 3:-

NO 92C, 
Jalan Perak, 
Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 
62050 Putrajaya.

Di sini kita boleh melihat sendiri koleksi pakaian persalinan/ busana pengantin yang katanya terdapat lebih dari 100 pasang. Pelbagai jenis rekaan pakaian, tema, material ditawarkan. Ianya bergantung kepada kehendak dan citarasa pengantin itu sendiri. Daripada rekaan tradisional, 'fairytale', garden, moden dan banyak lagi.

Daripada veil, dokoh (perhiasan) sampailah kasut ada disediakan.

Turut disediakan disini servis 'alter' pakaian pengantin dan juga jahitan pakaian pengantin yang baru. Pendek kata semuanya mudah kerana ianya terletak dibawah satu bumbung.

Pelanggan boleh datang dan berbincang serta boleh membuat pemilihan jenis busana yang mereka inginkan mengikut konsep seperti yang diidamkan. Memang sangat selesa kerana ketika waktu berbincang kita boleh membuat pemilihan dan keputusan dengan melihat contoh-contoh pakaian yang terdapat di situ.

Antara busana pengantin yang sempat digayakan oleh rakan blogger saya seperti:-
Seperti Cinderella yang kehilangan kasutnya,
Bella Jamal tampil begitu manis dan istimewa,
Warna lembut kombinasi putih merah jambu senada,
Menjadikannya ianya seperti puteri sehari yang didamba.

Kain songket sentiasa menjadi pilihan hati,
Diberi sentuhan moden untuk tampil lebih trendy!



Siapa sangka dari kain ala batik jawa,
Menjadi gaun yang begitu cantik memikat jiwa,
Digayakan oleh Atie yang manisnya orangnya,
Persalinan istimewa menjadikan penampilan luarbiasa.

Raja sehari menunggu kekasih hati,
Dengan persalinan gabungan moden dan tradisi,
Kurung peplum mewah dengan taburan labuci,
Nampak begitu esklusif dan penyai identiti tersendiri.

Tenunan songket tak pernah dilupakan,
Fabrik tradisi yang sentiasa menjadi kegemaran,
Bersama rekaan menarik menyerlah kecantikan,
Raja sehari pasti mencuri perhatian.

Close up kain tenunan yang juga ada labuci yang menaikkan lagi seri di pakaian.


Mereka yang sukakan warna kehijauan,
Pasti tertarik dengan busana pengantin yang dipertonjolkan,
Apatah lagi ianya dipakai bersama songket dibahagian dalaman,
Inilag pilihan bagi mereka yang sukakan kelainan.

Saya cukup sukakan warna ungu kemerahan ini,
Warna terang tampil berani
Apatah lagi lengkap dengan veil dan dokoh menaikkan seri.

Untuk busana lelaki tidak kurang hebatnya,
Dari tanjak, keris dan persalinan yang cukup bergaya,
Sedondon dengan pengantin perempuan pastinya,
Pelbagai jenis koleksi persalinan pengantin boleh dicuba.

Terdapat juga pakaian lengkap songket buat si jejaka,
Bergaya gah al-maklumlah hari bahagia dialah raja!

Dengan harga didalam pakej yang berbaloi sesuai dengan ekonomi hari ini,
Hanana Group mampu menawarkan pakej perkahwinan yang pasti memuaskan hati.

 Sempena dengan promosi pembukaan Hanana Group di Putrajaya, untuk setiap pakej diberikan diskaun sebanyak RM10,000. Tawaran ini adalah terbuka sehingga kuota telah dipenuhi.

So korang kalau ada yang sedang mencari pakej-pakej perkahwinan yang berbaloi bolehlah menghubungi Hanana Group. Banyak penjimatan di situ :-)


Gemalai kuntum melentuk di ranting, 
Tempua bicara irama syahdu.
Mempelai tersenyum duduk bersanding, 
Mertua gembira terima menantu.

Psst: Pengantin pompuan manooooo, hahahahahah

Untuk keterangan lanjut boleh buat carian di media sosial seperti:-

IG :

FB :


#dewanperkahwinanputrajaya
 #ambassadorputrajaya 
#majlisperkahwinan
 #khawin 
#dirgahayuputrajaya 
#hananagroup


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935