Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935

SENTUHAN EKSOTIK ILHAM OASIS MOROCCO Memperkenalkan Koleksi Qalea by Rizalman

$
0
0

Semua pasti mengimpikan rumah mereka diberi sentuhan dekorasi unik dengan kemewahan glam nan elegan?  Bagaikan satu kepuasan apabila rumah yang kita ibarat sebagai syurga keluarga begitu cantik dan selesa didiami. Ingin saya kongsikan tentang koleksi terbaru dari Avon bersempena dengan sambutan Raya tidak lama lagi. Ianya adalah rekaan yang mempertengahkan keajaiban persis oasis Morocco dibawah label Qalea by Rizalman. Apa yang menarik ianya adalah koleksi luxe deko kediaman mewah yang mampu dimiliki semua.


Ini merupakan kolaborasi kedua Avon bersama pereka dalaman dan fesyen terkenal Rizalman Ibrahim. Dan siri label Qalea terdiri daripada rangkaian mewah langsir, linen, set hidangan dan perhiasan rumah bertemakan Morocco yang pasti meningkatkan citarasa trend perhiasan dan hidangan Malaysia tahun ini.


Kata Rizalman, “Saya mencintai kemeriahan rona, budaya dan ekspresi hiasan Morocco, jadi mengimbangi eksotikanya dengan sentuhan moden menjadi cabaran yang mengujakan. Paduan flora geometri serta palet warna mewah adalah trend terbesar 2018. Qalea memberi penataan elegante de la maison yang tersendiri. This is THE collection of the year.”


Memetik inspirasi jubin klasik serta rona terang dari souk Marrakech, koleksi Qalea dirangkai dengan corak bungaan geometri serta warna biru cerulean, biru gelap dan merah delima yang unik.

Koleksi Lengkap Kediaman

Mengambil kira fungsi dan versatiliti, setiap rangkaian mengetengahkan konsep dwi-gunaan yang inovatif. Dari sarung bantal, alas meja dan gebar dwi-permukaan hingga ke langsir siang-dan-malam, semua bakal menjadikan setiap ruang tampak segar sepanjang Raya.

Serlahkan elegan ruang tamu dengan langsir, linen dan hiasan rumah yang direka untuk tampil mewah pada harga mampu milik.

Di satu sudut yang menjadikan ruang untuk bersantai dengan dekorasi Morocco yang cukup istimewa dan tampil lebih klasik.


Lena dalam dakapan lembut set cadar dan gebar katil berona eksklusif. Setiap set bujang, kelamin dan raja didatangkan dalam corak unik berbeza agar kesemua bilik tampil tersendiri. Saya cukup berkenan dengan set cadar ini yang menampilkan warna merah hati bersama gabungan warna biru dan putih. Paling penting rekaan cadarnya begitu ketara berinspirasikan senibina Morocco.

Permainan warna dekorasi di kamar tidur ini juga cukup menarik menjadikan ianya begitu esklusif.

Jom bangkitkan selera dengan set hidangan porselin berekaan eksklusif, diinspirasikan jubin bohemian dari Morocco. Corak unik pinggan makan, piring hidang serta mangkuk mudah disuai-padankan.

Selain itu menerusi koleksi ini kita berpeluang untuk melengkapkan sentuhan dunia Morocco dalam set hidangan didalam rumah. Antaranya seperti tagine kaserol hidangan, pouffe metalik, set minum kaca terbaja dan teko serta dulang besi.

Nampak begitu sempurna bukan? Set pinggan mangkuk berinspirasi jubin dari Morocco ini benar-benar cantik!

So korang kalau nak dapatkan produk Koleksi Qalea by Rizalman jangan lupa dapatkan nanti di pasaran pada 16 April 2018. Boleh juga dapatkannya di mana-mana Butik Kecantikan Avon diseluruh negara atau hubungi wakil Avon yang terdekat.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

Dekorasi Morocco sememangnya menarik terserlah keunikkan,
Jadikan koleksi peribadi dapatkan di Avon Koleksi Qalea by Rizalman :-)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2935