Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932

Produk Caroma Teh Halia Bentong Baik Untuk Kecantikan dan Kesihatan

$
0
0
Produk Caroma Teh Halia Bentong Baik Untuk Kecantikan dan Kesihatan | Bila saya sering mengeluh tentang rasa kepenatan setiap hari yang dialami, kawan saya Jane telah memperkenalkan minuman Caroma Teh Halia Bentong. Menurut Jane, terdapat banyak khasiat dari segelas minuman yang boleh kita boleh perolehi setiap hari selepas pengambilan minuman ini.

Mendengar tentang kelebihan produk ini saya telah ke Village Grocer di Bangsar Village untuk merasai sendiri minuman ini menerusi program 'sampling' yang diadakan outlet Village Grocer . Sekiranya korang nak cuba boleh juga hadirkan diri di outlet Village Grocer seperti yang saya senaraikan dibawah bermula dari 1-11 March 2018.
  • Bangsar Village, Bangsar 
  • Mont Kiara, Mount Kiara 
  • Sunway Giza, Kota D’sara,
  • Desa Park City, Desa Park 
  • My Town, Peel Road, Cheras

Menariknya untuk jenama Caroma ini terdapat 6 produk di bawah labelnya, antaranya seperti:-
  • Bentong Ginger Tea
  • Bentong Ginger With Honey
  • Bentong Ginger With Honey Lemon
  • Organic Soy Powder
  • Soy with durian Flavour
  • Premium Bentong Ginger Powder
Dari 6 produk yang ditawarkan saya telah mencuba 3 daripadanya iaitu minuman yang berasaskan halia. Terus terang katakan saya memang minat bahan ramuan yang berasaskan halia. Kebanyakan masakan saya memang saya suka masukkan sedikit rasa halia didalamnya. Cuma, saya jarang menikmati halia bersama air minuman. Berbanding dengan suami saya, memang kaki minum teh tarik bersama halia. Pengambilan minuman secara konsisten ok!

Kelebihan halia sebenarnya banyak. Ini kerana ianya mengandungi zat karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Kenapa halia sering menjadi ramuan dalam masakan atau remedi dalam masalah kesihatan? Antara sebabnya kerana halia dikatakan dapat merawat penyakit angin didalam badan, mengurangkan rasa sakit kepala dan membantu sistem pencernaan yang bermasalah. Selain itu halia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengelakkan muntah, cirit-birit dan sakit perut yang berterusan, Sekiranya ada masalah urat saraf, halia juga boleh dijadikan remedi untuk mengurangkan rasa kesakitan agar tidak lama berpanjangan.

Saya sendiri suka menggunakan halia untuk mengurangkan bau hanyir terutama pada lauk seperti ikan dan ayam. Paling penting setiap kali masakan dimasak bersama halia, ianya memberi aroma yang cukup istimewa.

Imej daripada laman web caroma

Dalam banyak produk-produk berasaskan halia, saya cukup tertarik dari jenama Caroma ini. Kenapa dan mengapa? Ini kerana konsep cara penanaman halia yang dijalankan agak unik iaitu menggunakan kaedah  "ENE Plantation Soilless". Konsep penanaman secara organik dengan menggunakan teknologi Mikro Organisma Efektif telah menjadikan tanaman halia ini lebih berlkualiti dari segi aroma dan kepedasannya.

Penanaman yang menitik beratkan mesra alam sekitar ini  menjadikan hasil tanaman halia lebih nutrisi. Paling penting ianya sentiasa dilindungi dari seranggan perosak dan fungus dengan menggunakan teknologi pembajaan organik secara semulajadi.

Terdapat 3 varian air minuman Caroma Teh Halia Bentong iaitu:-
Teh Halia Bentong (original)

Tanpa sebarang perasa tambahan. Sesuai mereka yang 'vegeratian'. Dikatakan mampu meningkat daya tahan diri. Bagus kalau korang ambil terutama musim sekarang yang kerap hujan, jadi kita boleh mengelakkan daripada mudah mendapat jangkitan batuk dan selsema.

Teh Halia Bentong bersama Madu

Menarinya tentang ramuan madu yang digunakan adalah madu asli. Tiada pewarna dan perasa tambahan. 

Teh Halia Bentong bersama Lemon Madu

Rasa teh halia ini lebih kurang sama dengan teh halia bentog bersama madu. Yang membezakannya dia ada rasa percikan citrus lemon. Untuk lebih kesegaran (refreshing) dengan rasa masam-masam manis bersama halia. Tiada pewarna dan perasa tambahan juga didalam produk ini.

Sekarang ada promosi tau korang! Beli 2 pek Caroma Teh Halia Bentong (yang mengandungi 10 pek kecil/sachet) dari Village Grocer, anda akan diberikan satu pek kecil Caroma Teh Halia Bentong (mengandungi 5 pek kecil/sachet) secara PERCUMA. Menarik bukan???

Saya sendiri telah mencuba Caroma Teh Halia Bentong bersama Lemon Madu. Saya dapati rasanya sedap (boleh diminum) dan badan saya lebih bertenaga daripada hari biasa. Dan rasa pening-pening yang sering dialami setiap pagi semakin berkurang dan tiada lagi rasa stress (kalau tidak asyiklah terasa stress dan mula rasa berdenyut kepala). Memang membantu membuang angin kotor dalam badan dan membantu melawaskan masalah pencernaan saya setiap hari. So, memang badan akan rasa lebih ringgan :-)

Untuk minuman Caroma teh halia bentong ini boleh dinikmati samada secara sejuk ataupun panas. Bergantung atas pilihan dan keinginan kita. Disarankan pengambilan minuman ini 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang. Ianya memberi rasa badan lebih segar dan energetik. Jadi tidak akan rasa penat biarpun seharian sibuk dengan pelbagai tugasan.


Kalau korang nak dapatkan keterangan lanjut, sila layari :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2932