Sebagai ibu saya sentiasa mahu memastikan anak saya sentiasa berada di dalam keadaan selesa. Ini adalah kerana apabila anak kita tidak selesa mereka akan meragam. Kesannya kita akan melalui kehidupan sebagai ibu setiap hari dalam keadaan stress.
Anak yang selesa bukan hanya bergantung kepada faktor kekenyangan, cukup tidur dan seronok bermain semata. Bahkan dirinya yang berada didalam keadaan sentiasa selesa memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan anak kita sentiasa berada di dalam mood yang baik. Contohnya seperti anak yang mempunyai masalah ruam atau kemerahan di bahagian punggung. Ini mungkin kulit anak itu agak sensitif dek kerana ibu atau penjaga lambat untuk menukar lampin pakai buangnya mengikut masa yang tertentu.
Sebenarnya terdapat banyak krim khas untuk mengelakkan ruam bayi ada jual di pasaran. Namun antara banyak-banyak produk ini ditawarkan, saya paling berminat dengan 3M Cavilon. Ini adalah kerana jenama produk ini sememangnya terkenal di seluruh dunia. Ianya dikatakan 'mesra pesakit' kerana mampu memberi kesembuhan yang cepat, tiada alkohol dan sesuai untuk semua kulit (biarpun kulit yang sudah luka).
Diformulasi dari ramuan yang unik dapat memberi kesembuhan (merawat) dan melindungi kulit daripada masalah kerengsaan, kemerahan dan melecet.
Ini adalah kerana setelah kita memakai krim 3M Cavilon ini, biarpun telah mencuci bahagian yang telah disapukan dengan krim itu berkali-kali. Namun krim itu masih kekal ada di kawasan yang kita sapu.
Buktinya seperti ini yang mana saya telah meletakkan satu krim jenama X di tangan kiri. Manakala di bahagian kanan saya sapukan dengan produk 3M Cavilon.
Saya rendam kedua belah tangan di kawasan air yang berlainan slotnya. Ini adalah untuk melihat sejauhmana krimnya bertahan kekal ada biarpun telah di cuci dengan air.
Beza diantara penggunaan produk X dan juga 3M Cavilon. Dengan jelas produk X sekali dibersihkan, ianya akan terus menghilangkan krim yang telah disapu. Manakala untuk produk 3M Cavilon, kita dapat lihat kesan minyak kekal ada. Ini sebagai bukti biarpun telah dicuci berkali-kali krim yang disapu masih kekal di situ. Nampak bagaimana ianya dapat memberi lebih penjimatan dan menguntungkan pengguna.
Saya memang menyapu krim ini di bahagian punggung Yana setiap pagi selepas mandi. Dan sehingga kini Yara tidak pernah menghadapi masalah kerengsaan atau ruam merah di kulitnya terutama di bahagian punggung.

Bahkan kehidupan Yara semakin bahagia setiap hari, ini adalah kerana beliau tidak pernah ada masalah tidak selesa disebabkan oleh penggunaan lampin yang lama.
Produk ini boleh didapati di farmasi, pasaraya dan juga platform membeli-belah seperti 11street, Lazada dan banyak lagi :-)
Jangan lupa untuk dapatkan satu krim 3M Cavilon buat anak/bayi kesayangan korang tau!
