Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Pelbagai aktiviti Menarik di Kids Fair di DC Mall

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cuti sekolah seminggu baru-baru ini saya berkesempatan membawa anak saya ke DC Mall yang terletak di Pusat Bandar Sri Damansara. Apa yang menarik tentang pusat membeli-belah ini ianya baru dibuka dan mempunyai begitu banyak pilihan kedai makan. 

Namun tujuan sebenar saya dan anak-anak ke sini adalah untuk menyertai Kids Fair yang telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik khasnya buat kanak-kanak. Antara aktiviti yang menarik perhatian saya seperti kemunculan Mr. Bean, workshop bersama Mad Scientist, bengkel belajar ukulele dan juga kelas menari bersama Kinder Dance.

Bukan main seronok bila dapat jumpa Mr Bean ya! Gelagat Mr Bean memang mencuit hati dan paling best dia seorang sangat peramah, begitu senang didekati.

Umumnya kita tahu, dunia sains adalah begitu luas. Persekitaran kita sememangnya sentiasa berkait dengan sains. Menarinkya melalui Bengkel Sains bersama Mad Scientist ini memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang baru - terutama apalibila kita kaitkan dengan tekanan, tolakan, pengudaraan dan banyak lagi.

Kehadiran 'clown' , karektor yang memang cukup dikenali oleh kanak-kanak menjadikan bengkel ini lebih ceria. Gabungan bersama Mad Scientist yang gila-gila menjadikan kanak yang mengikuti bengkel ini begitu teruja melakukan aktiviti yang disediakan.

Antara barang-barang yang digunakan dalam projek sains bersama Mad Scientist.

Seterusnya kelas Ukulele bersama Abang Jason. Di mana perkakasan ukulele telah disediakan buat anak-anak yang hadir.

Bukan anak-anak sahaja teruja bahkan kelas ini turut disertai golongan remaja yang begitu meminati seni muzik ukulele. Biarpun pelajaran hanyalah pada asas nota muzik ukulele tetapi atas tunjuk ajar Abang Jason memang semuanya nampak mudah dan menyeronokkan.

Bersunggih-sungguh anak-anak ini hendak belajar bagaimana memainkan muzik dari ukulele.

Seterusnya aktiviti menari bersama dengan Cikgu Kitty dari Kinder Dance. Aktiviti menari yang begitu energetik memakan masa hampir 1 jam. Rata-rata memang kanak menyukainya. Inilah aktiviti yang dapat anak-anak itu sendiri meluahkan rasa tekanan didalam diri mereka. Betulkan? :-)

Selain itu terdapat juga aktiviti mewarna, dimana kanak-kanak yang suka mewarna akan berada di sini dan akan menggunakan segala peralatan disediakan untuk mewarna karektor kartun yang telah dicetak oleh pihak penganjur.

Anak-anak juga boleh bermain dengan kinetic sand di sini. Caj yang dikenakan adalah RM15 per pax. Terdapat juga kereta mainan yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak (remote control) disini. Memang terdapat banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan disini sebenarnya.

Kids Fair di DC Mall dianjurkan oleh Scoops Mediacom sememangnya banyak aktiviti menarik yang boleh disertai oleh kanak-kanak. Sekurang-kurangnya masa minggu mereka yang terluang dapat dimanfaatkan dengan melakukan  perkara-perkara yang berfaedah.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933