Restoran "On The Table" baru sahaja memulakan operasinya di TTDI Kuala Lumpur pada 14 Febuari 2018. Jika sebelum ini, restoran ini hanya lebih memfokuskan kepada perniagaan katering, namun kini ianya telah dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat kepada pelanggan-pelanggannya untuk menikmati hidangan gaya buffet dan juga hidangan panas.
Istimewanya tentang Restoran On The Table TTDI ini juga menawarkan ruang untuk acara atau keraian tertentu dengan harga yang cukup berpatutan dan bergantung kepada bajet pelanggan itu sendiri. Pakej juga adalah termasuk dengan pilihan menu yang diinginkan. Untuk ruang di restoran ini boleh memuatkan sehingga 41 orang. Dan biasanya tempoh majlis yang dijalankan adalah selama 3 jam.
Namun baru-baru ini saya ke Restoran On The Table TTDI adalah untuk merasai sendiri kehebatan sajian hidangan buffet Ramadhan nanti yang mana menawarkan harga yang cukup murah:-)
RSVP sebelum 14 April 2018 : RM33.90 (perpax)
RSVP diantara 16 April hingga 5 Mei 2018 : RM35.90 (perpax)
RSVP diantara 6 Mei hingga 10 Mei 2018 : RM37.90 (perpax)
Harga biasa : RM39.90
Kanak-kanak:
Umur 0-7 tahun : FOC
8-12 tahun : RM25
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM25
NOTA: Deposit 50% diperlukan sebelum 1 Mei 2018, untuk penempahan awal. Setiap pelanggan yang telah booking akan diberikan nombor tempahan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Itu tentang harga, jom saya kongsikan pula antara hidangan yang bakal mewarnai buffet ramadhan di sini. Tapi serius semuanya sedap-sedap. Bukan nak puji melangit tapi seikhlasnya saya memang puji hidangan di sini memang menjual "rasa". Kebanyakan hidangan yang ditawarkan adalah masakan kampung, yang agak 'rare' dan proses penyediaannya agak renyah. Jadi kalaulah kita teringin untuk menikmati hidangan kampung yang mempunyai "rasa", korang kena datang berbuka di sini :-)
Antaranya seperti:-
Sayur Goreng Masak Ala Jawa
Sambal Udang
Ayam goreng
Kari Kambing
Rendang Ayam
Daging masak berlado
Pucuk Paku Masak Lemak
Sayur Goreng Campur
Ada juga masakan yang korang boleh request special seperti ikan patin masak tempoyak. Memang sedap, katanya tempoyak ini memang khas dibawa dari Temerloh Pahang.
Kuah yang cukup pekat, masam dan manis serta kepedasan yang mengikut permintaan.
Char Kue Teow yang digoreng panas-panas. Ini juga antara yang menjadi kegemaran pengunjung tetap Restoran On The Table TTDI.
Dan juga nasi beriani...
Segala macam sambal yang mampu beri lebih 'kick' dalam hidangan yang anda nikmati.
Ada sambal-sambal meriah, haruslah datang bersama ulaman, telur asin dan ikan kering.
Ini adalah 'signature' pencuci mulut di Restoran On The Table iaitu 'payasam'. Pemanis mulut yang cukup terkenal di kalangan masyarakat India sememangnya sangat sedap terutama jika dinikmati dalam keadaan sejuk. Rasa lemak-lemak susu dan 'cardamom'. Setengan orang panggil puding beras.
Lai Chi Kang juga antara yang mendapat permintaan yang tinggi. Memang 'refreshing' !
Brownies coklat ini poun sedap giler!
Kuih cara berlauk...

Agar-agar cendol
Karipap..
Kuih bakar
Agar-agar...
Minuman sejuk..
Minuman panas....
Kemudahan tandas turut disediakan :-)

Personal review saya, memang sangat berpuas hati ketika menikmati hidangan di sini. Bukan sahaja memberi keselesaan bahkan variasi hidangan juga tidak kurang hebatnya. Paling penting semua hidangan di sini memang mempunyai "RASA". Kita akan rasa berbaloi :-)
Jay 011-26532128
Taufiq 019-3852148
Boleh jejaki...