Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

3 Hidangan Hebat di D'Laksa

$
0
0
Peminat laksa pasti akan mencuba hidangan hebat dari D'Laksa Asam Laksa yang berasal dari Johor.  Terdapat 12 outlet di serata Malaysia dan terdapat juga di Indonesia. Apa yang menarik tentang D'Laksa ianya hanya memperkenalkan 3 hidangan sahaja dan paling penting  hidangan signature asam laksa yang memang sangat esklusif !

Tiga hidangan yang ditawarkan adalah Asam Laksa (RM7), Asam Fishball (RM5) dan Rojak Buah (RM5). Menariknya untuk cawangan D'Laksa MyTOWN Cheras ianya juga ditawarkan dalam bentuk kombo iaitu D'Light Deal For 2 yang berharga RM28. Didalam kombo ini didatangkan 2 set asam laksa, 2 pilihan minuman sejuk (lemonade, ice lemon tea atau Milo) dan juga side dish 1 Asam Fishball dan 1 rojak buah. Namun untuk side dish kita juga boleh membuat pilihan samada untuk mengambil 2 set Asam Fishball atau 2 Rojak Buah.

Dilayan staf yang sangat peramah dan mesra pelanggan memudahkan saya untuk membuat pemilihan makanan yang hendak dinikmati. Bagi outlet D'Laksa MyTOWN Cheras ada juga ditawarkan 3 jenis minuman sejuk iaitu Milo Ais, Lemonade dan Ice Lemon Tea.

Untuk outlet D'Laksa MyTOWN Cheras memang disediakan tempat makan khas untuk pelanggannya datang menikmatinya di sini. Namun pelanggan juga boleh membawa pulang makanan yang dibeli kerana D'Laksa juga menyediakan pengkhidmatan pembungkusan.

D'Laksa juga telah mendapat kelulusan sijil HALAL daripada pihak JAKIM. JAdi kita tidak perlu was-was untuk menikmati hidangan dari sini.

Saya telah mencuba sendiri ketiga-tiga hidangan dari D'Laksa iaitu Asam Laksa, Asam Fishball dan Rojak Buah. Selain itu saya juga memilih minuman Milo Ais dan Lemonade sebagai penyejuk tekak.

Asam Laksa dari D'Laksa memang antara terbaik yang pernah saya rasa. Dihasilkan daripada ramuan utama iaitu ikan makeral segar. Dimasak sendiri (homemade) menggunakan resepi istimewa. Cukup rasa dari segi masam dan pedas. Paling penting kehadiran pes udang menggandakan kehebatan rasa kuah Asam Laksa ini.

Fishball Asam ini antara pilihan menu yang menjadi feveret kebanyakan pelanggan D'Laksa. Dalam setiap mangkuk diberikan 5 biji fishball yang agak besar juga saiznya. Dinikmati bersama kuah asam laksa memang padu rasanya.

Istimewa Rojak Buah dari D'Laksa ini adalah kuah rojaknya. Memang sedap giler! Walaupun menggunakan 3 jenis buah iaitu timun, sengkuang dan nenas, namun kombinasi ini tetap mantap dengan kuah rojak yang cukup rasa, pekat dan pedas (memang sesuai dengan anak tekak orang Malaysia). Paling best sebab ada lambakan kacang tumbuk menjadikan keranggupan dalam setiap gigitan.

Untuk sebarang aktiviti dan informasi (contoh pembukaan cawangan baru dan sebagainya) mengenai D'Laksa boleh layari:

IG D'LAKSA
www.dlaksa.com


Review dari saya :-)

Jom terjah outlet D'Laksa

Johor Bahru 
- KSL City Mall
- Sutera Mall 
- AEON Bukit Indah

 Melaka 
- Dataran Pahlawan Melaka Megamall 

Selangor
- AEON 1Utama 
- AEON IOI Mall Puchong 
- AEON Mall Shah Alam
- MyTown Mall Cheras
- AEON Midvalley Megamall 
- AEON Taman Maluri 

Penang 
- AEON Quensbay Store

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933