
Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum ini mendapat sambutan hangat daripada pengguna-pengguna setia Pensonic. Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Chef Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail yang menyeronokkan, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ Berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.
Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap hari Isnin, jam 6.00 petang bermula 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu, ada 8 episod untuk kita kumpul dan jawab soalan dan peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 Jun 2018. Peserta hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah peraduan seperti di bawah:
1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
2. TV LED 43" Pensonic
3. Pendingin Udara Pensonic4.
4. Ketuhar 45L Pensonic
5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic
6. Penyaman Udara
Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.
Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!
Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, terdapat juga hadiah-hadiah mingguan. Paling penting kita dapat mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.
"Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah untuk para pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda. Tiada perkara yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Oleh itu, kami berharap supaya anda mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang tersayang. Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic' dan Kelas-kelas Memasak 'Balik Kampung Bersama Pensonic', termasuk produk-produk Pensonic, tentu akan menjadikan pengalaman memasak satu perkara yang menyeronokkan", kata Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.
Beliau menambah, "Tahun ini juga, kami bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan ‘Kelas-kelas Memasak Secara Langsung’ (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Lokasi kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda dipersilakan supaya mengikuti (follow) kami di Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi
terkini. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00, termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!"
Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah, meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Resipi-resipi dalam rancangan kami mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan yang biasanya boleh didapati dalam kebanyakan ada di dapur rakyat Malaysia.
So korang jangan lupa sertai ya peraduan dari Pensonic Malaysia!