
Restoran Just Seafood Menawarkan Pelbagai Pilihan Hidangan Shell-Out Yang Ohsem | Just Seafood sememangnya cukup popular dikalangan masyarakat Lembah Klang tentang kehebatannya dalam menyediakan pelbagai jenis hidangan shell out. Terletak di dalam Sunway Giza Mall Kota Damasara, lokasi yang cukup strategik untuk mereka yang datang samada sendirian ataupun berteman mahupun berkeluarga. Ini kerana terdapatnya kemudahan letak kereta di bahagian premis mall tersebut.
Tarikan utama dalam hidangan yang ditawarkan di sini bukan hanya disebabkan pelbagai pilihan jenis masakan semata bahkan hidupan laut segar (seafood) yang dihidangkan tidak pernah mengecewakan. Antaranya seperti ketam, udang, sotong, lala, kepah, kupang dan pelbagai lagi.
Namun kedatangan saya dan keluarga ke Restoran Just Seafood baru-baru ini telah mencuba 3 menu hebat yang memang sangat rekomen oleh peminat seaffod yang pernah menikmati hidangan di sini - Nasi Lemak Cajun, Golden Salted Egg dan Original Louisiana Cajun.
Original Louisiana Cajun - Saya bagi 👍👍👍👍👍👍👍👍👍 . Sedap giler! Paling best sebab hidangan ini menggunakan semua hidupan laut (seafood) yang benar-benar segar dan besar. Saiz L ke atas semuanya. Dikatakan ianya adalah inspirasi masakan gaya Vietnam.
Hidangan ini pula kesukaan suami. Menurut suami, gabungan rasa peda sambal nasi lemak memang mantap- cukup rasa dan kepekatannya. Di gabung pula dengan hidupan laut segar bugar. Sinonim dengan persembahan nasi lemak diatas hidangan ini telah ditaburkan dengan kacang tanah dan ikan bilis yang digoreng ranggup. Dan pastinya menikmati dengan nasi lemak memang padu rasanya. Cenggini rasanya 👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Ini pula gaya masakan Golden Salted Egg. Untuk anak-anak memang mereka sukakan gaya masakan seperti ini 💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓. Terasa lemak-lemak manis dan masin cukup sesuai bagi mereka yang tidak sukakan rasa pedas.
Selain adanya pilihan nasi putih dan nasi lemak untuk dinikmati bersama hidangan shell-out. Kita juga boleh mencuba menikmatinya bersama Deep Fried Man Tou. Paling best kalau nikmati Man Tau ini bersama dengan hidangan Golden Salted Egg. Memang confirm susah nak berhenti makan, hakhak. Sedap oii!
Bayangkan kalau dapat makan beramai-ramai bersama rakan dan keluarga di sini. Mesti bertambah meriah.
Licin. Nasib baik kulit kupang tu tak ditelannya sekalikan. Bukti betapa enaknya hidangan yang ditawarkan di Restoran Just Seafood :-)
Antara peminat hidupan laut yang agak ekstrem. Yana, Afiq dan Akid memang teruja apabila berpeluang merasai sendiri hidangan enak dari Just Seafood. Menurut mereka gabungan rasa pedas yang tidak keterlaluan (just nice) serta percikan rasa sour untuk hidangan Original Louisiana Cajun benar-benar memikat. Digabungkan pula dengan Golden Salted Egg yang mempunyai rasa lemak-lemak manis dan juga Nasi lemak Cajun yang mempertaruhkan rasa sambal ikan bilis memang terbaik. Btw berapa kali entah anak-anak ini repeat nasi dan Man Tau.
Suasana restoran agak luas, boelh meuatkan sehingga 80 orang untuk kegunaan sepenuhnya ruang bawah. Terutama jika kita datang ramai, bolehlah membuat tempahan terus daripada pihak restoran.
Saya bersama pemilik Restoran Just Seafood iaitu Mr Terence Ham. Saya kagum dengan Mr Terence yang begitu komited dan bersungguh-sungguh memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan yang ditawarkan mengikut selera mereka. Selain itu kualiti hidupan segar yang terbaik sememangnya sentiasa dijadikan faktor utama bagi memastikan hidangan yang dihasilkan begitu sempurna. Nah! Tidak hairanlah Restoran Just Seafood ini bukan sahaja dikunjungi masyarakat tempatan bahkan ada dikalangan pelanggannya juga datangnya dari luar negara.
Jadi kalau korang nak cuba sendiri bolehlah terjah di lokasi:
Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14,
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (RSVP)
Nak datang naik MRT pun boleh ya. Berhenti di stesen Surian. Jalan kaki sahaja ke Sunway Giza sebab ianya begitu dekat dengan stesen MRT. Nak lagi senang naik servis GRAB car. Tidakpun datang terus dengan kenderaan sendiri :-)
