Cabaran seorang ibu hari ini bukan hanya untuk membesar dan mendidik anak dengan baik semata bahkan sebagai ibu kita kena benar-benar faham keperluan si manja. Terutama alatan mainannya yang boleh membantu perkembangan tumbesarannya.

Berpeluang menghadiri Bengkel "Learning Revolutionised" bersama Fisher Price tidak saya lepaskan. Apatah lagi untuk mengutip pelbagai tips yang berguna daripada Dr. Deborah Weber (Director of Early Childhood Developement Fisher Price) dan juga wakil dari The Little Gym Malaysia bagi membincangkan bagaimana membantu perkembangan anak-anak ketika waktu bermain.

Seperti yang kita ketahui, anak-anak kecil mereka mempunyai milestone tersendiri dari usia newborn (0 bulan) sehinggalah tahap pra taadika itu 5 tahun. Perkembangan fizikal mereka akan berubah begitu juga kebolehan mereka akan meningkat setiap tahun (mengikuti peningkatan usia).

Permainan dari Fisher Price sememangnya direka dan dibangunkan dengan teliti menerusi kajian dan penyelidikan yang dibuat dari pasukan penyelidik mereka yang berdedikasi.
Paling penting segala permainan dari Fisher Price selamat digunakan dan dimain oleh anak-anak kecil. Saya sendiri cukup sukakan permainan ini kerana kebanyakannya didatangkan dengan warna-warna yang ceria.
Si manja Yara memang sangat sukakan produk COV42 Dance and Move ini. Permainan yang mampu memberi rangsangan melaluyi pergerakan dan bunyi suara yang cukup menarik. Bagi saya ianya seumpama robot comel yang pandai menari dan juga berinteraksi.
Walaupun Yara tidak lagi menggunakan walker tetapi permainan comel yang didatangkan bersama Rainforest Jumperoo ini benar-benar menarik minat beliau untuk bermain dengannya.
Paling penting segala aktiviti di The Little Gym juga diawasi, diajar dan dimonitor oleh pelatih gym yang terlatih. Ini terutama untuk anak-anak kecil, mereka memang perlu banyak diberi perhatian ketika membuat aktiviti di sini.
Agak seronok juga kerana terdapat aktiviti gym dapat dilakuakn dengan sokongan produk dari Fisher Price.
Anak-anak juga boleh berlari bebas dan menggunakan peralatan gym yang disediakan. Ini erana suasanan didalam The Little Gym ini adalah selamat dan selesa.
Begitu juga dengan si comel ini. Keterujaan menggunakan permainan Rainforest Jumperoo yang direka khas untuk bayi. Saya sangat suka dengan warna-warna ceria yang permainan yang didatangkan bersamanya. Ianya satu tarikan sebenarnya.
My Yara bersama produk Fisher Price Musical Lion Walker. Sebenarnya kami ada mempunyai permainan ini di rumah. Untuk pengetahuan semua permainan ini sangat membantu untuk anak-anak yang mahu belajar berjalan - pre-walker. Selain itu dengan adanya butang-butang dan permainan yang didatangkan bersamanya menjadikan anak-anak akan suka bereksploratasi permainan ini. Kadang-kala mereka boleh bermain dengan permainan Musical Lion Walker hampir 1 jam lamanya. Bermain dengan bersemangat pulak tu, heheh.
Seronok dan puas. Sebab dapat bermain di The Little Gym dan untuk saya sendiri sebagai ibu banyak yang saya belajar tentang dunia anak dan permainan mereka. Terima kasih kepada penganjur atas jemputan. Moga berjumpa lagi di acara yang banyak memberi manfaat seperti ini :-)
