Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

"River Of Life" (ROL) Kuala Lumpur Yang Mempersonakan

$
0
0

Gambar dari Google

Kecantikan sungai di betul-betul tengah bandar Kuala Lumpur di waktu malam benar-benar mempersonakan. Terletak begitu hampir dengan Masjid Jamek yang merupakan antara bangunan lama yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

Gambar dari Google

Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) dengan keunikan kolam biru yang begitu terang cahayanya di waktu malam menarik minat pelancong luar negara. Bahkan tidak menafikan masyarakat tempatan turut berbangga dengan kecantikan sungai ini yang boleh lihat dengan jelas di waktu malam. 

Untuk pengetahuan semua, projek Rivel of LIfe (ROL) ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017.


Gambar dari Google

River of Life (ROL) ini melibatkan pertembungan diantara Sungai Gombak dan Sungai Klang telah dilancarkan pada 2011. Ianya di bawah projek permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur yang bertujuan menghidupkan semula sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan yang berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah. 

Gambar dari Google

Selain itu, pembinaan Count Down Clock di kawasan River of Life (ROL) yang menampilkan rekabentuk moden ini mampu memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan. Apatah lagi ianya dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020.

Gambar dari Google

River of Life (ROL) ini juga dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan kerja-kerja pengindahan akan dilengkapi lagi dengan pelbagai kemudahan. Sekaligus menjadikan kawasan River of Life (ROL) ini sebagai tempat rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Oh ya! Bagi pengunjung yang ke sini adalah disarankan untuk mendapatkan gambar lebih cantik, haruslah membidik kamera masing-masing dari lokasi jambatan yang menghubungkan dua sungai ini.


Gambar dari Google

Kehadiran 'mist' dari celah lubang perparitan tepi sungai menjadikan kawasan ini seperti berkabus. Tidak dinafikan denga kehadiran lampu warna-warni yang bercahaya menambahkan lagi keindahan kawasan ini. Apatah lagi pada waktu malam yang suasananya cukup tenang dan mendamaikan begitu ketara impak keindahannya. Hakaikatnya buat saya sendiri apabila berada di sini ianya merupakan satu terapi dan mampu mengurangkan rasa stress dalam diri terutama apabila melihat pemandangan indah dengan suasana tenang sekali.

Dengan adanya River of Life (ROL) ini sekali gus bakal menjadi mercu tanda terbaru kepada Wilayah Persekutuan serta daya tarikan pelancong. Sebagai anak Malaysia kita perlu berbangga kerana ianya setanding bandar raya bertaraf antarabangsa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933