
Coklat memang mampu memberi kebahagiaan. Apatah lagi pada kanak-kanak. Dunia mereka memang indah apabila adanya coklat! Terbaru Cadbury telah memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Lickables. Didatangkan dalam bentuk UFO, berwarna ungu memang sangat comel.

Seperti anak-anak yang memang sukakan kejutan. Mereka pastinya tidak sabar untuk membuka coklat Cadbury Lickables. Ini kerana mereka bukan sahaja boleh menikmati coklat enak cadbury bahkan didalamnya disertakan juga hadiah misteri buat si comel.

Dan baru-baru ini saya dan anak-anak telah menghadiri pelancaran Cadbury Dairy Milk Lickables di Talent Lounge Damansara Perdana. Selain daripada pelancaran produk pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk anak-anak di sana.
"For the very first time, Malaysians cab now enjoy Cadbury Dairy Milk in a creamy format that goes well with a crunchy texture. The delicious taste of Cadbury Milk along with the collectibles are sure to delight many consumers especially parents who want to delight their children with a special treat. Adults too get to regain their sense of childlike wonder with nostalgic and memorable toy characters such as Pokemon. This coincides with the theme of the Cadbury Dairy Milk in Lickables campaign, #CadburyWithLove where we aim to encourage everyone to share moments of love with each other"
Lihat sahaja keterujaan kanak-kanak yang berebut untuk mendapatkan Cadbury Dairy Milk Lickables! Hahahahaha...
Selain itu, kami juga telah mendapat tips dan tunjuk ajar dari Samantha Lee dalam segmen Food Art Workshop bersama Samantha. Ini terutama bagi anak-anak yang agak 'picky eaters', kaedah ini mampu menarik minat mereka untuk menikmati hidangan yang kita sediakan dengan mudah.

Lihat sahaja Afiq yang bersungguh-sungguh membuat dekorasi makanan menggunakan bahan yang disediakan. Hehehehe. Ameer pula tolong hias dan makan beria dalam masa yang sama.
Tadaaaaaaaaaa!!! Kapal angkasa kitaorang dah siap! Cantikkan :-)
Terima kasih kepada Cadbury Malaysia dan RedMummy atas jemputan. Terima kasih juga atas goodies yang ohsem, aktiviti yang best serta hidangan tengahari yang enak-enak belaka.
So korang boleh dapatkan coklat Cadbury Lickables ini di pasaran pada harga RM4.20 setiap satu. Untuk promosi dan keterangan mengenai produk boleh layari www.facebook.com/CadburyMalaysia
