Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983

Sedap dan Sihat Memasak Menggunakan Ikan Trout Fjord Norway

$
0
0
Antara kenapa saya menyambut baik jemputan ini kerana saya peminat masakan ikan. Apa sahaja jenis ikan yang terdapat di pasaran saya memang menyukainya, apatah lagi masakan orang Malaysia sememangnya banyak boleh menggunakan ikan sebagai bahan utama.

Untuk acara kali ini saya telah diperkenalkan dengan secara terperinci rahsia dan khasiat ikan Trout Fjord Norway yang ramai orang tidak mengetahuinya. Dan juga saya telah dapat melihat sendiri demostrasi mmemasak hidangan enak menggunakan ikan Trout Fjord Norway ini oleh pakar nutrisi Alexandra Prabaharan.

Mr Jon Erik Steenslid, Regional Director (Southeast Asia) Norwegian Seafood Council turut mengalukan kehadiran para media dan juga telah memberi penerangan agak terperinci mengenai kehidupan Ikan Trout Fjord Norway.

Ini adalah khasiat yang kita perolehi dari seekor ikan Trout Fjord Norwat. Ianya sememangnya sumber protein tetapi juga kaya dengan omega, iodine, selenium dan vitamin (A, B12 dan D). Yang mana setiap satu khasiat ini mampu memberi kebaikan kepada badan.

Saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak cara pembiakan ikan ini dan juga bagaimana persekitaran habitatnya yang terbaik. Ikan ini hidup di pearairan ais yang sejuk dan jauh ke dalam garisan pantainya. Ianya diternak didalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji mengikut satu proses piawaian tertinggi yang salin berkait dengan alam sekitar dan kemampanan.

 Mr Jon Erik Steenslid juga menegaskan "Untuk mendapatkan kualiti ikan yang terbaik kita perlu pastikan ikan ini hidup dengan gembira".

 Jika dilihat kepada 2 ekor ikan ini. Boleh atau tidak kita lihat perbezaan antara ikan Trout Fjord Norway dan juga salmon. Ini kerana keduanya mempunyai rupa isi ikan yang hampir sama.

Ikan yang terletak paling atas adalah ikan salmon. Badan ikan salmon lebih 'chubby' (berisi) dan mempunyai kepala yang kecik. Dari segi rasa salmon lebih lembut dan berkrim berbanding dengan trout yang lebih pejal isinya. Ikan trout berwarna merah jingga yang agak pekat bersama sedikit warna keputihan. Daris egi kulit ianya berwarna keperakan seakan salmon namun ianya lebih berkilat.

 Dan isi ikan trout juga enak dimakan mentah seperti yang biasanya digunakan dalam bahan hidangan sushi. Untuk pengetahuan korang semua, ikan trout ini TIDAK mempunyai parasit Anisakis (boleh lihat rupa cacing di gambar atas. Dan ianya selamat dimakan.

Untuk setiap ekor ikan trout yang dihantar ke Malaysia akan diberi sijil khas (sijil pengesahan eksport). Ini memang sangat esklusif tau! All the way from Norway :-)

 Lihat sahaja isinya yang berwarna jingga kemerahan dengan sedikit campuran warna putih. Ianya memang kaya dengan omega 3 dan protein. Yang mana khasiat didalam ikan ini sangat membantu kita mengatasi masalah lesu di sepanjang bulan ramadhan kerana berpuasa.

Dan saya telah berkesempatan belajar beberapa resepi mudah dari pakar nutrisi Alexandra Prabaharan. Paling menarik semua resepi ini diberi suntikan citarasa masyarakat Malaysia seperti rasa percik, kerabu dan sebagainya.

 Bahan-bahan ramuan yang digunakan semuanya mudah didapati di Malaysia. Paling mengujakan, apabila saya melihat bagaimana Cik Alexandra Prabaharan menunjukkan perapan ikan ini dengan meletakkan sedikit cili api, hehehe (sedap wooi)

 Dan semua resepi yang disediakan memang mudah dan tidak memakan masa yang lama.

Tadaaaaa...
Antara hidangan yang disediakan oleh pakar nutrisi Alexandra Prabaharan :-
  • Kaffir Chilli Norwegien Fjord with Quinoa Bubur
  • Seared Norwegian Fjord dan Asian Potato Salad
  • Norwegian Fjord Trout Bakar in Banana Leaf

Saya juga berpeluang merasai sendiri kehebatan rasa hidangan ini Memang sedap!

Norwegian Fjord Trout Bakar in Banana Leaf dinikmati bersama nasi kerabu dan sambal marvelous.

Ini memang sedap dan mengenyangkan. Kaffir Chilli Norwegien Fjord with Quinoa Bubur :-)

Dan pemanis mulut istimewa penutup hidangan.

Khazanah laut yang cukup berharga dari Norway ini cukup dibanggakan oleh masyarakat mereka bahkan hidupan ini, ikan Trout Fjord Norway juga sering menjadi permintaan masyarakat dunia kerana khasiatnya yang terbaik memberikan kualiti hidup kita agar lebih baik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2983