Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933

Nikmati Hidangan Selera Warisan Desa Di 9Kedondong

$
0
0
Jika berbuka puasa di kawasan Kuala Lumpur, destinasi pilihan tentunya di 9Kedondong. Ini kerana setiap tahun buffet ramadhan di 9Kedondong tidak pernah menghampakan. Dengan harga buffet yang sangat berpatutan (boleh dikatakan agak murah juga) iaitu RM55 untuk dewasa dan kanak-kanak hanyalah RM28 sahaja.

Paling best, bila datang di sini kita tidak akan ada masalah mencari parking. Surau dengan fasiliti lengkap juga disediakan. Kemudahan lain seperti tandas juga sangat berdekatan. Dan paling best, kawasan berbuka di 9Kedondong ini memang mesra kanak-kanak (child friendly). Dekorasi didalam dewan, termasuk penggunaan kerusi dan meja memang selamat untuk kanak-kanak. Begitu juga lantai didewan ianya ditutupi dengan rumput tiruan. Jadi jika anak-anak berlari dan sekiranya tiba-tiba terjatuh mereka tidak akan mengalami kecederaan :-) Bukan sahaja mesra kanak-kanak, bahkan jika kita hendak membawa ayah dan ibu atau warga emas tentunya tidak ada masalah kerana fasiliti di 9Kedondong sememangnya memudahkan mereka untuk mengambil makanan, beriftar dengan keluarga dengan selesa dan paling penting sekiranya hendak solat begitu dekat dengan dewan makan. Tidak perlu menaiki tangga dan lif seumpamanya.

Siap ada booth untuk pelanggan bergambar. Apa lagi memang melenjanlah kami anak-beranak posing di sini, hehehe. Menarik tentang menu hidangan yang ditawarkan di sini adalah berkonsepkan "Selera Warisan Desa".  Di mana pada hari ini menu-menu tradisi yang biasanya boleh kita rasai di kawasan desa agak sukar didapati di kawasan bandar. Antara lain kenapa saya suka berbuka di 9Kedondong sebabnya masakan dihidangkan disini semuanya sedap-sedap dan bervariasi. Memang tahap keterujaan berskala maksima apabila melihat akan lauk-pauk yang disediakan. Ini belum lagi pada kepelbagaian kuih tradisi, citarasa Asean seperti pulut mangga, kambing bakar, udang bakar dan pelbagai lagi.

Susun letak meha serta kerusi dan dekorasi didalam dewan. Nampak begitu esklusif bukan. Seolah-olah menghadiri majlis tertutup. Suasana sangat tenang dan kita boleh berbuka puasa dengan lebih privasi bersama keluarga mahupun sahabat-handai.

Ini adalah antara hidangan di dalam "Selera Warisan Desa" yang ditawarkan di sini. Memang banyak! Sepanjang meja ini tersusun dengan pelbagai lauk-pauk yang membuka selera.

Ikan Keli Berlado- Ini memang feveret my Afiq. Dengan keranggupan ikan keli goreng disaluti dengan sambal istimewa yang ditumbuk.

Daging black-pepper - Lembut betul daging, apatah lagi dimasak dengan perapan lada hitam. 

Ayam Percik- Kuah percik yang cukup lemak dan rasa. Makan meratah macam tu pun dah sedap, hiks.

Sambal Udang - Peminat udang pasti akan meyesal mencuba hidangan ini. Apatah lagi ada dicampurkan dengan petai. Makan dengan nasi panas-panas memang terbaik.

Lala goreng berlada - Hidangan ini pun mantap juga.

Siput sedut masak lemak. Hidangan ini antara yang menjadi tumpuan. Kesedapan kuah yang cukup rasa apatah lagi masakan siput sedut yang sememangnya agak sukar didapati di kedai makan luar, tidak hairanlah hidangan ini sememangnya 'laku-keras' senantiasa.

Sayur brakoli goreng. Feveret anak-anak dan juga orang dewasa.

Kerabu mangga :-)

Kerabu perut. Ini sedap giler, hokeh.

Lebih padu lagi, bila kita dapat menikmati hidangan dengan ulam-ulaman berserta sambal tempoyak, sambal belacan, budu mahupun cencalok. Siyes! Boleh menambah nasi lebih sekali tau.

Ada Yong Tau Fu juga. Feveret port anak lelaki bujang saya. Apatah lagi ada pelbagai jenis bebola ditawarkan. Terdapat juga sup tomyam sebagai pilihan jika hendak menikmati yong tau fu ini bersama sup.

Bagi mereka yang suka berbuka dengan hidangan yang lebih ringan. Bolehlah mencuba hidangan mee di sini. 

Antara hidangan yang saya suka adalah laksa Johor.

Ini antara menu pilihan kanak-kanak iaitu mee goreng.

Terdapat juga ayam bakar, udang bakar, daging kambing bakar dan sosej. Turut disediakan 'coleslow' dan 'mashed potatoes'

'Mashed potatoes' homemade uolls. Sedap!

Dekat gerai ni ada disediakan ABC dan juga pengat dan bubur sebagai pemanis mulut.

ABC yang ada macam-macam isi didalamnya. 

Pengat pisang, bubur jagung dan bubur cha cha.

Gerai yang menyediakan hidangan citarasa Asean. Ada pulut mangga dan pengat durian.

Pulut mangga...nom nom nom

Untuk manisan ditawarkan kuih-muih tradisi dan juga kek serta tart.

Mini cheese tart dan apam polkodot

Kek coklat lembap. Sedap hoi!

Tepung pelita.

Kuih seri muka dan karipap.

Kuih koci.

Disediakan 2 jenis minuman panas iaitu teh tarik (ini sedap hoii, saya menambah 3 kali cawan) dan kopi. Dan 2 jenis minuman sejuk (kordial). Di sini juga disediakan air kosong sekiranya pengunjung tidak mahu menikmati air manis.

Surau memang disediakan bersebelahan tempat makan. Ianya adalah kegunaan muslim dan muslimat.

Diadakan juga solat jemaah untuk Maghrib dan Isyak, begitu juga terawih. Kelebihannya apabila berbuka disini, kita tidak perlu menikmati juadah iftar dengan tergesa-gesa. Ini kerana pada masa yang sama kita boleh menunaikan kewajipan kita sebagai umat islam (solat) dan tentunya kita boleh berbuka dengan tenang ini setelah selesai solat dan sebagainya. Dapat solat berjemaah lagi. Ada ustaz jemputan setiap hari tau!

Memandangkan ianya bertemakan 'Selera Warisan Desa', props dekorasi ini memang mempamerkan suasana ala-ala di desa. Ada serambi, basikal tua, pemandangan sawah dan pelbagai lagi.

Untuk pengetahuan korang buffet ramadhan di 9Kedondong ini adalah dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018. 

Harga buffet yang ditawarkan cukup berpatutan seperti:-

RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C Kanak- kanak ( 0-6 tahun)


Selain tu 9Kedondong juga menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa esklusif (private iftar)  atau perjumpaan berkumpulan sempena ramdhan dan sebagainya. Kalau korang ada perancangan nak buat majlis iftar, makan-makan dan sewaktu dengannya bolehlah adakan di 9Kedondong yerpp.

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :
018-7669065 ( Cik Rabia) atau 017-2250705 ( En Haziq)

Alamat:
9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur

Waze : 9Kedondong
Beroperasi setiap hari bermula 6.00pm - 10.00pm

Facebook : https://www.facebook.com/9Kedondong/

Instagram : https://www.instagram.com/9Kedondong/

Kalau korang  berbuka di sini, bolehlah guna promo kod = surayax9kedondong dan korang akan dapat 10% diskaun dari jumlah bayaran yang dikenakan.

Jom berbuka di 9Kedondong!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2933