Amani yang mula agak mal-malu bila berjumpa dengan Chef Dato. Dr. Fazley.
Lama dah sebenarnya kisah shooting bersama Petron ni. Heheheh. Al-kisahnya saya menang satu peraduan anjuran Petron. Cara penyertaan sangat mudah, hanay muatnaik gambar masakan yang dimasak ke sosial media dengan hashtag tertentu dan perlu juga tag pada Petron.
Kebetulan memang saya masak setiap hari so apa yang perlu buat hanyalah ambil gambar yang dimasak dan kongsikan sahaja, heheeh.
Call time rasanya tengahari. Saya pun dah tak ingat pukul berapa, hehehe. Tapi alhamdulillah proses shooting ambil masa tidaklah terlalu lama. Biarpun 2 hidangan yang dimasak. Mungkin sebab team produksi memang dah merancang sebaiknya. Selain daripada kerjasama dari Chef yang sangat tip top, biarpun beliau sangat sibuk pada hari tersebut.
Kebetulan juga Dedet dan beberapa orang anak tak ada sebab balik Kelantan. Kena hantar Mak Tok dan Pak Usu balik sana (3 minggu sebelum tu dedet, anaqi, pak su dan maktok pergi umrah). Mujur ada Yara peneman setia sepanjang shooting berlangsung.
Walaupun ada guide dari skrip yang disediakan tapi sepanjang proses 'shooting' memang ada banyak juga part-part yang spontan. Lebih aksi neutrel katanya hehehehe
Tengok chef ni masak semuanya nampak senang dan ringkas. Banyak juga tips yang diberikan terutama dalam penyediaan amsakan.Salah satunya adalah berkaitan dengan api gas masakan yang digunakan. Seperti Petron Gasul ianya memang menggunakan api biru yang lebih panas dan sekata dalam memasak. Selain itu ianya dikatakan lebih menjimatkan.
Ini adalah scene last. Makan time, heheheheeh. Banyak juga saya borakkan bersama Chef. Antara yang dikongsikan seperti kisah-kisah beliau serta isteri dan perniagaannya, memang memberi inspirasi!
Antara 2 masakan yang sempat disediakan...

Ini feveret saya. Sedap hoiii. Kaedah dia macam buat pavlova cuma dia tak bakar tapi ianya dimasak dalam susu. Inilah dessert famous dari Perancis (errk ke Paris, lupa dah huhuhu)
Selain daripada kehadiran chef datang ke rumah dan masak. Saya juga dapat hadiah kuali SHOGUN.
Best giler dapat kuali dari jenama feveret, heheheeh
Tq Petron Gasul.. antara hadiah yang best pernah saya menangi dalam hidup :-)
