My Amani memang suka 'baking'. Seorang anak yang memang sukakan kek dan biskut memang sentiasa teruja untuk menghadiri kelas yang membolehkan beliau belajar memasak. Jadi apabila Barbie Malaysia mengajurkan satu peraduan yang mana hadiahnya merupakan kelas memasak Barbie, memang saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.
Tapi disaat akhir, saya kena hadiri satu perbincangan agak penting juga pada tarikh dan masa bengkel masakan yang disertai Amani. Mujur ada Mima Sha (my sis) yang 'free' pada masa kejadian dan beliau yang temankan Amani. Thank you Mima!!
Ruang masak yang luas dan selesa.
My Amani dan feveret permainan sejak dulu lagi- Barbie. Sebenarnya di rumah memang Amani ada koleksi patung Barbie dan agak banyak juga. Ianya juga dari koleksi Yana semasa kecil dan kini diteruskan dengan koleksi untuk Amani.
Berada di sini seperti 'syurga' buat Amani. Hehhehe. Dikelilingi barangan Barbie!
Minum pagi bersama-sama kesayangan :-)
Pihak Mattel Malaysia yang mengalukan kedatangan semua peserta ke Bengkel Masakan bersama #Barbie.
Antara hidangan yang perlu disediakan oleh ibu dan peserta kanak-kanak. Best! Buat pavlova, my feveret dessert ni.
Resepi disediakan. Dan peserta hanya mengikut langkah-langkah kaedah cara penyediaannya.
Paling seronok apabila kita dapat lihat anak-anak yang bersungguh-sungguh mengikut arahan dalam penyediaan hidangan. Lihat sahaja 'My little chef' Amani yang begitu teruja sepanjang bengkel memasak bersama #Barbie berlangsung. Pelbagai aksi Amani sempat dirakamkan dan saya ada kongsikan di entri ini.
Menariknya tentang aktiviti seperti ini ianya mengajar anak untuk lebih berdikari dan juga berkongsi melakukan kerja bersama-sama rakan pasukan yang lain.
Selain itu, menerusi bengkel ini juga kita boleh mendidik anak-anak untuk patuh dan mengikut arahan yang diberikan.
Bersungguh-sungguh para peserta ini membaca kaedah yang perlu diikuti untuk menghasilkan pavlova. Di sini kita dapat lihat semangat dan kesungguhan yang ada dalam diri anak-anak untuk menghasilkan sesuatu atas usaha sendiri memang ketara.
Paling penting ianya juga mengajar anak kita untuk lebih bersabar dalam setiap pekerjaan/aktiviti yang dilakukan.
Di bengkel ini juga Amani dapat kenal kawan baru. Kenalkan ini Aira anak Encik Aziz M. Osman, sutradara (pelakon, pengarah dan penerbit) di Malaysia yang cukup popular di Malaysia.
Salah seorang peserta yang hadir bersama ayahnya. Comelnya.....
Suasana sepanjang bengkel berlangsung. Nampak sangat comel apabila ibu dan anak sedondon memakai apron dan topi chef #Barbie.
Tada!!!!!!!!!!!! Pavlova dari Amani dan Mima Cha :-) Nampak sedapkan, hehehe.
Goodies untuk semua peserta bengkel iaitu Barbie Pizza Chef Playset (RM149.90), Barbie Accessories Asst (RM12.90) dan voucher photobook Barbie.
Aira dan ibunya...
Amani memang 'happy' sangat. Dengan menyertai bengkel ini Amani bukan hanya dapat barangan Barbie yang super cute ini sahaja bahkan proses pembelajaran dan aktiviti yang disediakan sepanjang bengkel memang benar-benar memberi keseronokan buat Amani. Siap pesan lagi dengan saya, "mummy kalau ada bengkel #Barbie lagi, Amani nak join lagi tau, please"...Heheh. Amani dan #Barbie memang tak boleh dipisahkan. Comel!
Untuk sebarang aktiviti dan info terkini mengenai produk #Barbie boleh layari:-
#Youcanbeachef
#youcanbeanything
