Isu mengenai status tentang sesuatu produk samada ianya HALAL sering menjadi topik utama dalam setiap pembelian barangan di pasaran. tidak kira samada golongan muslim mahupun bukan muslim,. Dan ternyata masing-masing memilih produk yang telah mendapat status HALAL.
Apatah lagi ianya berkaitan dengan produk kesihatan dan ubatan biasanya kita memang akan mencari ramuan kandungan yang berstatus HALAL. Ini kerana kita sedia maklum produk HALAL biasanya agak mengandungi bahan yang tidak merbahayakan, lebih semulajadi dan selamat. Namun yang demikian hasil penemuan dari kajian makmal Pharmaceutical Science Studies Centre Universiti Sains Malaysia's (USM) pada bulan November 2009 mendapati hampir 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang telah diuji di makmal adalah tidak halal. Kajian terperinci telah dilakukan dan mendapati terdapat kapsul daripada produk kesihatan dan ubatan yang telah diuji mengandungi gelatin yang tidak halal.
Jadi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu memastikan produk kesihatan yang diambil benar-benar HALAL dan selamat dimakan. Antaranya langkah-langkah yang boleh diikuti seperti:-
1. Beli dan Guna Produk dari Jenama Yang Dipercayai
Jenama yang terkenal dan dipercayai biasanya tidak akan mendatangkan keraguan terhadap pengguna. Ini kerana jenama itu sudah tersohor menjaga reputasinya dan biasanya mereka akan melalui peringkat-peringkat kelulusan yang dibenarkan termasuklah mendapatkan pensijilan HALAL. Antaranya seperti produk dari CCM Duopharma yang cukup terkenal sebagai pembekal ubatan dan produk kesihatan yang berstatus HALAL.
2. Pastikan Produk Tersebut Mempunyai Pengiktirafan HALAL daripada Jakim
Seperti yang kita ketahui untuk mendapat pengiktirafan HALAL ianya perlu melalui proses standard mengikut kepiawaian yang tinggi mencakupi kebersihan dan keselamatan sepertimana yang telah syaratkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, JAKIM dan Sijil Halal Malaysia.
Membawa nama pembekal ubatan dan produk kesihatan HALAL yang cukup popular CCM Duopharma sentiasa memastikan produk yang dibekalkan kepada masyarakat memberi banyak kelebihan penjagaan kesihatan terutamanya ianya perlulah berasaskan bahan semulajadi, suci dan selamat diambil oleh pengguna. Nah! Tidak hairanlah mengapa produk dari CCM Duopharma begitu dipercayai dan menjadi pilihan pengguna mulsim mahupun bukan muslim.
3. Kesedaran mengambil produk HALAL intu adalah wajib
Melihat perlunya ada kesedaran mengambil produk kesihatan dan ubatan yang HALAL, CCM Duopharma telah melancarkan beberapa kempen kesedaran antaranya adalah menerusi perkongsian mengenai info mengenai produk kesihatan dan ubatan di laman web www.myh4p.com.
Sebagai ibu, saya sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarga. Dalam memberikan yang terbaik saya sentiasa memilih produk yang HALAL dalam penggunaan seharian. Apatah lagi apabila melibatkan produk kesihatan dan ubatan.
Pastinya produk dari CCM Duopharma sentiasa didalam senarai produk kesihatan keluarga, ini kerana saya begitu mempercayai keluaran dari pembekal ini adalah 100 peratus HALAL dan terdapat pelbagai pilihan ubatan dan produk kesihatan yang ditawarkan. Ini bagi memastikan ahli keluarga saya mendapat nutrien yang diperlukan setiap hari sekaligus mengekalkan kecergasan serta kesihatan yang cemerlang.
