Quantcast
Channel: Enchanted Life Begins
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2937

Pencuci Dapur Yang Mesra Alam | bio-home

$
0
0
Swag!!!
Macam tulah gaya my Ameer bila beliau excited melakukan sesuatu aktiviti/perkara. Melihat anak yang semakin aktif didepan mata, saya sentiasa memastikan perkembangan tumbesarannya tidak terganggu dengan masalah kesihatan terutama yang melibatkan kebersihan.

Terutama kebersihan di bahagian dapur. Ini kerana saya memasak hampir setiap hari di dapur rumah. Dan saya perlu memastikan setiap kali lepas memasak dapur saya bersih dan bebas kuman.

Dan saya telah diperkenalkan dengan produk bio-home agen pencuci yang mesra alam yang diperbuat daripada bahan aktif semulajadi yang mampu menghapuskan kotoran degil dan kesan minyak. Paling best, ianya tidak akan memberi alahan kulit kepada pengguna. 

Produk bio-home juga diperbuat daripada bahan aktif terbiodegradasi dan boleh diperbaharui yang berasaskan tumbuhan. Dan ianya adalah bebas dari sebarang bahan yang merbahaya terhadap alam sekitar. Paling best, ianya diformulasi tanpa bilas yang dapat memudahkan kerja pembersihan lebih sennag dan efisien. Bahkan bahan pembungkusan juga diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula.

Terdapat 2 rangkaian variasi pembersih dapur bio-home iaitu:-

  • Lemongrass & Green Tea
  • Lavendar & Bergamot


Lemongrass & Green Tea - Bau serai memang wangi dan digabungkan dengan aroma tea yang cukup sempurna.

Lavendar & Bergamot - Lavendar memang aromanya memang dapat memberikan terapi pada diri. Sangat lembut dan sesuai untuk mereka yang gemarkan bau yang tidak terlalu kuat.

Penutuip botal juga sangat fleksibel. Senang dikuncikan bagi mengelakkan cecairnya tertumpah keluar.

Sesuai digunakan untuk semua jenis pembersihan di dapur termasklah perkakasan untuk memasak seperti ketuhar, microwave dan sinki dapur. Contohnya seperti kotoran yang terdapat di dapur saya. Memang secara kasarnya agak sukar untuk ditanggalkan.


Tetapi dengan sedikit semburan, mudah sahaja kotoran itu dapat ditanggalkan.


Bersihkan! Paling penting ianya produk mesra alam yang tidak merbahayakan kesihatan. Harga untuk satu botol 500ml adalah RM10.60. Dan boleh dapatkan produk ini di mana-mana pasaraya terkemuka!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2937